
Kitab Fatawa al-Baghawi (فتاوى البغوي) adalah sebuah kitab
yang menghimpunkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh al-Imam al-Hafizh
al-Mujtahid al-Faqih Muhyis Sunnah Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud bin
Muhammad al-Baghawi al-Syafi’i (433-516H).
fatwa yang penting, yang menjadi rujukan para ulama, khususnya para ulama
mazhab Syafi’i. Kandungannya menjadi hujjah dan rujukan para fuqaha’ kerana
kedudukan Imam al-Baghawi sebagai seorang tokoh ulama panutan yang tinggi
keilmuannya. Fatwa-fatwa al-Baghawi telah dinukil oleh para ulama dan tercatat
dalam karya-karya mereka. Antara ulama
yang banyak menyebutkan fatwa-fatwa al-Baghawi dalam karya-karya mereka ialah
Imam al-Rafi’i, al-Nawawi, al-Muzajjad al-Yamani, Ibn al-Rif’ah, Syaikhul Islam
Zakariyya al-Anshari, Taqiyuddin al-Hushni, Ibn Hajar al-Haytami, al-Ramli, al-Syarbini
al-Khathib, dan lain-lain.
al-Baghawi meliputi semua permasalahan dalam bab fiqh. Penyusunan babnya
mengikut susunan kitab Mukhtashar al-Muzani. Isi kandungan fatwa-fatwa dalam
kitab ini agak ringkas dan padat. Bilangan fatwanya yang disebutkan dalam kitab
ini melebihi 700 permasalahan.
fatwa yang disusun oleh al-Baghawi ini, menunjukkan keilmuan dan kemantapan
kefahaman al-Baghawi mengenai sesuatu permasalahan hukum syarak. Para ulama
menganggap al-Baghawi telah mencapai tahap mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum
syarak tanpa bertaklid kepada ulama sebelumnya. Perkara ini dapat kita ketahui
dengan meneliti sebahagian fatwa-fatwa al-Baghawi yang terdapat dalam kitab ini,
yang menyalahi pendapat para ulama sebelum beliau.
ini telah dicetak dan diterbitkan buat pertama kali pada tahun 2015, oleh Dar
al-Minhaj. Kitab ini diterbitkan dalam satu jilid dengan ketebalan 608 halaman.
Semoga bermanfaat.








































![[Lirik+Terjemahan] Nogizaka46 – Mou Sukoshi no Yume (Mimpi Yang Semakin Dekat)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/cover-42.jpg?fit=400%2C350&ssl=1)
