Di pagi hari Jumaat ini tersangatlah elok untuk kita bershalawat ke atas Junjungan Nabi Besar Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam. Shalawat Kubra adalah salah satu daripada bentuk shalawat yang telah biasa diamalkan oleh sebahagian ulama kita, Ahlus Sunnah wal Jama`ah, yang dinisbahkan kepada Imam Junaid al-Baghdadi rahimahullah.ย Selain dikenali sebagai “ash-Shalatul Kubra” atau “Shalawat Kubra“, yakni sholawat yang besar, juga dikenali sebagai “Alfiyatus Shalawat” kerana isi kandungan merupakan ucapan jutaan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW. Syaikh Muslih bin `Abdul Rahman al-Muraqy rahimahullah dalam komentarnya mengenai faedah shalawat ini menyatakan:ย “Baik sekali bagi orang yang sedang menunaikan haji ke Makkah dan ke Madinah untuk memperbanyak membaca Sholawat Kubra ini di mana saja tempatnya asal suci dan pantas. Apa lagi pada ketika berziarah ke maqam Rasulullah SAW, maka shalawat ini sangat baik untuk dibaca di maqam yang mulia itu. Mudah-mudahan segala maksud dan cita-cita yang baik berhasil dan sukses, demikian pulalah doa yang bersangkutan dimakbulkan Allah, mendapat haji yang mabrur dan mendapat umrah yang makbul di sisi Allah dengan keberkatan shalawat ini dan dengan syafa`at baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW.”











