Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

al-Kalim Thayyib – Fatawa ‘Asriyyah

Religius by Religius
02.12.2015
Reading Time: 5 mins read
0
al-Kalim Thayyib – Fatawa ‘Asriyyah
ADVERTISEMENT

Kitab
“al-Kalim Thayyib – Fatawa ‘Asriyyah”
adalah sebuah kitab yang menghimpunkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh
seorang tokoh ulama terkenal masa kini, iaitu al-‘Allamah Syaikh Dr. Abu
‘Ubadah Nur al-Din ‘Ali bin Juma
’ah bin Muhammad bin ‘Abd
al-Wahhab bin Salim bin Abd Allah bin Salam (1952-). Beliau lebih dikenali
sebagai Syaikh ‘Ali Juma
’ah atau Dr. Ali Juma’ah
di kalangan umat Islam seluruh dunia pada hari ini. Beliau dilahirkan di Bandar  Bani Suwayf, satu perkampungan di pinggir
sungai Nil, Mesir pada waktu fajar, 3 Mac 1952 Masihi bersamaan 7 Jamadilakhir
1371 Hijrah

RELATED POSTS

Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Kini
beliau menjawat jawatan Mufti Besar Mesir dan merupakan salah seorang ulama
Islam di peringkat antarabangsa yang paling dihormati. Beliau juga seorang ulama
mazhab Syafi’i masa kini (kontemporari) yang pakar dalam bidang Syariah dan
Usul al-Fiqh.

Isi
kandungan kitab ini, menghidangkan  sekumpulan fatwa yang berkaitan dengan
pelbagai permasalahan kehidupan manusia kini, seperti yang berkaitan dengan
ibadat, muamalat, hukum pidana (jenayah) dan beberapa permasalahan lain yang
mempunyai kaitan dengan isu-isu semasa. Uslub (gaya bahasa) dalam penyusunan
fatwa-fatwa ini juga mudah difahami kerana ia menggunakan bahasa yang mudah dan
sesuai dengan generasi kini.

Kitab
ini dihasilkan melalui pengumpulan jawapan fatwa bagi persoalan yang telah diajukan
oleh pelbagai lapisan masyarakat Islam di Mesir. Atas kapasiti beliau sebagai
seorang Mufti Mesir, beliau telah menerima pelbagai pertanyaan daripada
masyarakat Islam dari segenap pelusuk Mesir yang inginkan kepastian, keterperincian
dan keterangan berkaitan dengan permasalahan agama. Permasalahan dan jawapan yang
berkaitan kemudian dihimpunkan sebelum dicetak menjadi kitab ini.

ADVERTISEMENT
Kitab
ini telah dihasilkan dan diterbitkan pertama kalinya pada tahun 2005 (1425 H). Ia
kemudiannya dicetak untuk kali kedua pada tahun 2006 (1426 H). Pada tahun 2007 (1437
H), hasil daripada pengumpulan fatwa-fatwa terkini oleh Syaikh ‘Ali Juma’ah,
kitab ini telah ditambah dengan jilid baru iaitu jilid kedua. Pada masa
sekarang kitab ini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa utama dunia,
termasuklah dalam bahasa Melayu.

Metod Penyusunan kitab
ini…

Kitab
al-Kalim al-Thayyib – Fatawa ‘Asriyyah
ini dimulakan dengan sedikit pendahuluan yang menbincangkan secara ringkas
tugas seorang mujtahid untuk menggunakan akal bagi menghadapi pelbagai
persoalan dari masyarakat. Penggunaan akal yang dimaksudkan adalah penggunaan
yang bertepatan dengan syarak dan bukan mengikut hawa nafsu. Turut dibincangkan
ialah perbezaan di antara fatwa dan fekah. Tugas dan cabaran seorang mufti juga
diselitkan secara ringkas.

Kitab
ini merupakan kitab yang membincangkan fatwa berkaitan dengan fiqh secara
umumnya. Oleh yang demikian, penyusunan bab dalam kitab ini menyamai penyusunan
penulisan-penulisan fiqh secara umumnya. Penyusunan ini dimulakan dengan
perbahasan mengenai ibadah, muamalat, kekeluargaan dan jenayah. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa fatwa lain yang diluar daripada skop perbahasan
fiqh yang turut dimuatkan dalam kitab ini, seperti akhlak, hak-hak kemanusian, ideologi
semasa dan pakaian turut dimuatkan. Namun, fatwa di luar bidang fiqh adalah
kurang berbanding bidang fiqh yang menjadikan kitab ini sebagai satu kitab
fatwa yang lebih berteraskan hukum-hukum fiqh.


Oleh
kerana kitab al-Kalim al-Thayyib – Fatawa
‘Asriyyah
ini merupakan kitab himpunan fatwa-fatwa yang pernah diajukan
permasalahannya kepada Syaikh ‘Ali Juma’ah, terdapat beberapa fatwa yang
menunjukkan berlakunya sesi dialog atau soal jawab yang berturutan antara
beliau dan mustafti (penanya). Dialog ini adalah untuk memahami permasalahan
yang dihadapi oleh mustafti dengan baik kerana seorang mufti tidak harus
mengeluarkan fatwa tanpa menyelidiki secara teliti apa yang berlaku ataupun
mengambil jalan mudah untuk mengeluarkan fatwa. Bagi memenuhi tuntutan serta
adab seorang mufti dalam mengeluarkan fatwa ini, Syaikh ‘Ali Juma’ah juga
menyelidiki terlebih dahulu setiap permasalahan dengan bertanyakan
soalan-soalan yang berkaitan sebelum membuat rumusan terhadap fatwa yang
disandarkan itu.

Dalam
kitab ini, terdapat penjelasan yang dibuat secara terperinci tentang sesuatu
permasalahan. Ini adalah bersesuaian dengan fatwa yang sememangnya tujuannya
untuk menjelaskan dan memberi kefahaman kepada mustafti terhadap sesuatu
permasalahan. Setiap fatwa yang dikeluarkan oleh mufti perlu diterangkan dengan
keterangan yang menghilangkan segala kemusykilan. Di sebalik penjelasan tentang
fatwa secara teliti, terdapat juga fatwa yang dijawab dengan ringkas. Ringkasan
dalam menjawab fatwa ini dilakukan oleh Syaikh ‘Ali Juma’ah adalah kerana
soalan yang berulang atau ianya merupakan satu perkara yang sudah menjadi
kebiasaan di kalangan masyarakat Islam, di mana perkara tersebut difahami
walaupun tanpa penjelasan yang terperinci.


Catatan
ini dipetik dengan sedikit pengubahsuaian dari sebuah disertasi yang berjudul Metode Fatwa Sheikh ‘Ali Juma’ah Dalam Kitab
al-Kalim al-Tayyib – Fatawa_’Asriyyah
, 
oleh Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin. Untuk mengetahui lebih
lanjut mengenai biodata pengarang dan kitab fatwa ini sila baca disertasi ini dengan melayari pautan
berikut;

http://studentsrepo.um.edu.my/5283/1/Metode_Fatwa_Sheikh_’Ali_Juma’ah_Dalam_Kitab_al-Kalim_al-Tayyib_-_Fatawa_’Asriyyah.pdf


Semoga
bermanfaat.
Tags: Agama IslamDakwahIlmuInformasiIslamiMuslimWawasan Pengetahuan
ShareTweetSendShare
Religius

Religius

Related Posts

Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya
Religi

Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

23.01.2026
Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta
Religi

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Next Post

Bank Mandiri KCP Talang Padang

Bank Mandiri KC Kotabumi

Iklan

Recommended Stories

Pemandangan Udara Kota Samboja

08.04.2018
7 Poin yang Perlu Diperhatikan Jika Doa Belum Dikabulkan

7 Poin yang Perlu Diperhatikan Jika Doa Belum Dikabulkan

07.11.2014

Sinopsis Legend of Shen Li Episode 32

10.07.2024

Popular Stories

  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE »

Terkini

OPPO Reno15 Pro Max: Flagship Reno dengan Bezel Tertipis dan Kamera 200MP Terbaru

OPPO Reno15 Pro Max: Flagship Reno dengan Bezel Tertipis dan Kamera 200MP Terbaru

23.01.2026
Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

23.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Kuliner
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Review
  • Sejarah
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?