Kitab Tuhfahal-Zakirin bi ‘Uddah al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayyid al-Mursalin (تحفة
الذاكرين بعدة الحصن الحصين من كلام سيد المرسلين ) merupakan
sebuah kitab yang menghimpunkan zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah
saw. Kitab ini adalah sebuah karya Imam al-‘Allamah Muhammad ‘Ali bin Muhammad al-Syawkani
(1250H).
Imam al-Syawkani menyusun kitab
yang terkenal dengan singkatan Tuhfah al- Zikirin ini sebagai huraian (syarah) bagi
kitab ‘Uddah al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayyid al-Mursalin (عدة الحصن
الحصين من كلام سيد المرسلين) karya Imam Ibn al-Jazari atau nama sebenarnya Syamsuddin Abu
al-Khair Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin ‘Ali bi Yusuf al-Jazari (751-838H).
Manakala kitab ‘Uddah al-Hishn al-Hashin pula adalah sebuah ringkasan
bagi karya Imam In al-Jazari sendiri yang berjudul al-Hishn al-Hashin
min Kalam Sayyid al-Mursalin الحصن الحصين من كلام سيد) المرسلين).
Dalam kitab Tuhfah al-Zakirin
ini, Imam al-Syawkani telah mengtakhrijkan hadis-hadis yang terkandung di
dalamnya, di samping menghuraikannya. Sebagaimana kitab asalnya (‘Uddah
al-Hishn al-Hashin), kitab Tuhfah al-Zakirin ini masih mengekalkan bilangan
babnya, iaitu sebanyak 10 bab. Setiap bab pula dibahagikan kepada beberapa
fasal.
Ringkasan kandungan kitab ini;
saw. beserta caranya.
berdoa, orang yang mustajab doanya, dan
semalam.
dengan bersuci, masjid, azan dan iqamah
zakat safar, haji, jihad dan nikah.
terjadi mendung, petir, hujan, hilal, angin
berkaitan dengan aktiviti peribadi dalam
dengan sebab-sebab tertentu.
istighfar dan al-Quran.
Rasulullah saw yang bersifat mutlak.
Edisi terjemahan kitab Tuhfahal-Zakirin dalam bahasa Indonesia ada diterbitkan oleh Pustaka Azzam
Indonesia dengan judul “Mutiara Ahli Dzikir”. Terbitan ini
berdasarkan edisi ‘Arab yang ditahqiq oleh Abu Sahal
Najah ‘Iwadh Shiyam. Ketebalannya merangkumi 1016 halaman.
Kitab Tuhfah al-Zakirin iniboleh didownload di pautan berikut;
Semoga bermanfaat.








































