Isnin, 19 Muharram 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Perumpamaan orang yang kikir dengan orang yang pemurah, seperti dua orang memakai baju besi yang menutupi susu sampai ke leher.
ย
Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badan sampai ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya).
ย
Sedangkan orang yang kikir, kerana ia tidak hendak menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap pertemuan bajunya menyempit di tempatnya. Ia berusaha hendak melonggarkan, tetapi tidak boleh longgar.”
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0741.
ADVERTISEMENT







