Kali ini saya mahukongsi bersama pengunjung blog karya ulama ini sebuah buku yang berjudul “ Islam
Di Antara Ulama dan Pemerintah ”, sebuah karya terjemahan oleh Haji
Mohd Tahir Daeng Mengati. Buku ini telah diterbitkan oleh Pustaka Aman Press,
Kota Bharu, Kelantan, dengan cetakan pertamanya pada tahun 1988. Buku yang saya
miliki adalah cetakan kali keduanya pada tahun 1992. Ketebalan halamannya tidak
termasuk prakata penterjemah ialah 417 halaman.
merupakan sebuah karya dalam bahasa Arab berjudul “ al-Islam Baina
al-‘Ulama wa al-Hukkam ” (الإسلام بين العلماء والحكام).
Buku ini merupakan karya Syeikh ‘Abdul ‘Aziz al-Badri (1929-1969)[1], seorang tokoh pendakwah
yang terkemuka di ‘Iraq. Semasa hidupnya beliau adalah seorang dari pemimpin
Ikhwan al-Muslimin Iraq. Gerakan Islam yang gigih berjuang bagi menegakkan Daulah
Islamiah di dunia ini.
kandungan buku ini…
buku ini, sebagaimana yang diterangkan dalam prakata penterjemah buku ini;

“Tulisan beliau
(Syaikh Abdul ‘Azizi al-Badri) ini bertujuan untuk memaparkan kembali sejarah
perjuangan para ulama di sepanjang sejarah Islam. Kegigihan, kesabaran dan
ketabahan para ulama di dalam menghadapi mihnah dan tribulasi akibat dari
perjuangan mereka, perlu dijadikan sumber inspirasi bagi para pendakwah Islam
masa kini. Penulis buku ini telah membuktikan jihadnya dan telah mengalami
mihnah dan tribulasi yang merupakan sunnah Allah fid dakwah”.
dengan sebuah muqaddimah oleh pengarangnya dan diikuti dengan 7 bab seperti
berikut;
Pemerintah di Zaman Islam
menasihati Pemerintah
Sikap Mereka menghadapi Pemerintah
Anugerah Pemerintah
Gangguan Pemerintah
Dalam Penjara Pemerintah
Jihad
sangat penting kepada umat Islam, khusus para da’i, kerana ia dipenuhi dengan
kisah perjuangan para ulama silam dan era moden yang ikhlas dan tabah menjalankan tanggungjawab mereka kerana Allah
SWT.
boleh didownload di pautan berikut;





































