Kitab Shafwah al-Tafasir (صفوة التفاسير) merupakan sebuah kitab tafsir semasa karyaal-‘Allamah al-Syaikh Muhammad ‘Ali al-Shabuni, bekas pensyarah Kuliyyah
Syari’ah dan Dirasat Islamiyyah di Universiti al-Malik ‘Abdul ‘Aziz Makkah
al-Mukarramah.
ma’thur dan ma’qul yang bersumberkan kepada beberapa kitab tafsir yang
muktabar, seperti tafsir al-Thabari, al-Kasysyaf, al-Qurthubi, al-Alusi, Ibn
Kathir, al-Bahr al-Muhith dan lain-lainnya.
sesuai dengan kaedah penulisan moden. Ia juga dilengkapi dengan penerangan
makna mufradat (perkataan) dan bentuk balaghah dan bayan
lughawiyyah yang terdapat dalam sebahagian ayat.
dalam koleksi saya, iaitu terbitan Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiyyah pada tahun
1993 ia dicetak dalam 3 jilid. Berikut ringkasan kandungan kitab ini;
1: surah al-Fatihah – hingga – surah Yunus,
2: surah Hud – hingga – surah Fathir,
3: surah Yasin – hingga – surah al-Nas.
agak ringkas, sesuai menjadi rujukan dalam bidang tafsir oleh masyarakat (yang
boleh memahami bahasa Arab). Kitab ini telah menjadi teks dan rujukan para ulama
/ penceramah bagi kuliah tafsir di masjid dan surau di Malaysia dan di dunia
Islam amnya.
ia telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Setakat ini saya belum mendapat
maklumat mengenai edisi terjemahannya. Mungkin ia ada diterjemahkan dalam
bahasa Indonesia, kerana aktiviti penterjemahan di Indonesia sangat
menggalakkan. Wallahu a’lam.







































