Buku Am

Hakikat surat (rupa batin) (rupa zahir) (2)


Justeru kerana dunia ini adalah alam syahadah atau alam kenyataan, maka
Allah swt telah meletakkan hakikat ke dalam tiap-tiap kejadianNya. Musalnya
hartakekayaan itu mempunyai hakikat maka kecintan dan kesukaan terhadapnya
adalah termasuk kehendak-kehendak fitrah manusia. Kalau tidak, mengapa
iamempunyai dayapenarik dan kenapa pula terdapat hukum-hukum dan
peraturan-peraturan berkenaan dengannya. Anak-anak itu adalah suatu hakikat
maka cinta, kasih dan sayang terhadapnya adalah termasuk kehendak fitrah
manusia. Demikianlah keperluan dan tabiat juga mempunyai hakikat yang boleh
membawa kepada kesempurnaan dan kebahagiaan abadi. Hakikat mempunyai kuasa
kesempurnaan yang lebih kuat dan berkesan sedangkan surat tidak ada dan tidak
lain akan dapat membawa kepadanya.
Andainya kita inginkan kejayaan dan kemenangan sejati dari hakikat yang
telah bercampur aduk dengan kepalsuan dan kebatilan itu kita semestinyalah
merujuk kembali kepada hakikat Islam dan Iman. Surat Islam itu sungguhpun  suci dan murni, tidaklah akan mencapai
kejayaan kerana yang membawa kepada kejayaan dan kemenangan abadi itu ialah
hakikat Islam, bukan suratnya, dan yang memundurkan serta menjatuhkannya ialah
surat Islam, bukan hakikatnya. Di masa ini kita tampak bahawa surat Islam itu
tidak dapat menewaskan atau mengalahkan hakikat, kendatipun hakikat itu terlalu
hina dan rendah kerana surat itu tidak berkekuatan surat Islam, surat Iman,
surat kalimah, surat sembahyang, surat haji dan sebagainya tidak dapat
menjauhkan kita daripada hawa nafsu. Surat Islam dan surat Iman tidak dapat
memisahkan kita daripada adat resam dan perbuatan-perbuatan yang terkutuk.
Kalau kita membuka lembaran buku-buku sejarah maka akan ternyatalah kepada
kita bahawa umat Islam dahulu pernah mengorbankan nyawa dengan penuh keredhaan
apabila dikehendaki oleh Kalimah Tauhid atau Kalimah Iman sepertimana kita
pernah diceritakan tetapi bagi kita sedikitpun tidak memberi kesan-kesannya.
Mereka itu pernah mengorbankan harta kekayaan dan keluarganya, jika perlu,
untuk mempertahankan kalimah itu. Mereka pernah meninggalkan tanah air dan
mereka pernah menerima hukuman pancung.Tetapi nampaknya Kalimah suci itu tidak
berdaya lagi untuk membangunkan kitadari katil untuk mengerjakan sembahyang
Subuh.Jayanya perjuangan umat Islam dahulu yang berdasarkan kepada keberanian
dan kemahahebatan yang kita baca dalam buku-buku sejarah Islam ialah kerana
mereka mempunyai hakikat Kalimah suci itu.
Pada hari ini siang dan malam kita menyaksikan kelemahan Kalimah suci itu,
kerana kita hanya mempunyai surat Kalimah suci itu sahaja. Jadi kemenangan dan
kejayaan umat Islam dahulu itu ada natijah hakikat dan roh ke tanah suci itu,
sedangkan kehinaan, kemunduran serta kejatuhan umat Islam di zaman sekarang
yang kita tonton siang dan malam adalah natijah surat kalimah suci itu.
Wallahu ’alam
Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.

2001

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top