Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

Mimpikan Zubaidah

Religius by Religius
04.12.2018
Reading Time: 4 mins read
0
Mimpikan Zubaidah
ADVERTISEMENT

RELATED POSTS

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

ADVERTISEMENT
Zubaidah atau nama sebenarnya Sukainah atau Amatul ‘Aziz binti Ja’far bin Khalifah Abu Ja’far al-Manshur (wafat tahun 216H) adalah seorang puteri dan permaisuri daripada Khilafah Bani ‘Abbas yang paling terkenal. Nama Siti Zubaidah adalah semasyhur nama suaminya, Khalifah Harun ar-Rasyid. Siti Zubaidah terkenal sebagai seorang wanita shalihah yang amat mencintai al-Quran. Beliau juga terkenal dengan kedermawanannya dan telah mendirikan banyak sekolah, rumah anak yatim dan hospital untuk umum.ย  Di antara jasa besar beliau yang berpanjangan manfaatnya sehingga lebih 1200 tahun adalah wakaf-wakaf beliau yang terkenal di sepanjang laluan jemaah haji dari Baghdad hingga ke Kota Makkah yang dikenali sebagai Darb Zubaidah. Siti Zubaidah telah membelanjakan jutaan dinar untuk menyediakan telaga dan kolam untuk menampung keperluan air bagi para pengembara yang menggunakan laluan tersebut. Menurut pengembara ulung, Ibnu Battutah, tanpa kolam-kolam yang diwakafkan oleh Siti Zubaidah, nescaya laluan tersebut pasti tidak akan dapat dilalui manusia. Dalam bukuย Pengembaraan Ibnu Battutah,ย yang merupakan terjemahanย Rihlah Ibnu Battutah, dinyatakan pada halaman 201 – 203, antara lain, sebagai berikut: ….Seterusnya kami bergerak ke sebuah kawasan (sumber) air yang bernama Qarurah. Ia merupakan kolam yang dipenuhi oleh air hujan dan dibina oleh Zubaidah, puteri Ja’far, rahimahallah. Semoga Allah mengurniakan rahmatNya kepada Zubaidah dan menganugerahkan kebaikan kepada kita dengannya. …… Jarak dari Tha’labiyyah ke Kufah ialah tiga marhalah. Kami meneruskan pengembaraan dan berhenti pula di Birkah al-Marjum …….. di sini terdapat sebuah kolam besar yang dapat menampung keperluan semua anggota kafilah. Ia juga merupakan sebuah lagi kolam yang dibina oleh Zubaidah rahimahallah. Setiap kolam dan telaga yang ada di jalan di antara Makkah dengan Baghdad ini menunjukkan kedermawanan Zubaidah yang tinggi. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dan mengurniakan ganjaran yang sempurna kepadanya. Jikalah tidak kerana keprihatinannya ini, pasti jalan ini tidak akan dilalui oleh sesiapa pun.
Siti Zubaidah juga terkenal dengan projek megaย ‘Ain Zubaidah atau Nahr Zubaidah yang berjaya menangani masalah bekalan air di tanah suci, terutama sekali ketika musim kemarau dan musim-musim haji. Siti Zubaidah telah mengarahkan dan memperuntukan sejumlah besar dana untuk pembinaan saliran, jambatan dan terusan, kawasan teduhan dan tadahan, kawasan simpanan dan empangan serta penggalian telaga dan matair dari wadi-wadi yang berhampiran tanah suci seperti Wadi Hunain dan Wadi Nu’man, seterusnya menyalirkannya ke Arafah, Muzdalifah dan akhirnya ke Makkah al-Mukarramah. Dengan adanya ‘Ain Zubaidahย masalah bekalan air telah dapat diatasi dan berpanjangan manfaatnya sehingga 1,200 tahun. Projek ini termasuk projek kejuruteraan air yang amat mengkagumkan dan masih dapat bertahan sehingga ke hari ini. Bahkan Kerajaan Saudi berhasrat untuk merehabilitasi projek ‘Ain Zubaidah ini sebagai satu peninggalan bersejarah dan agar ianya terus berfungsi untuk menyalirkan air ke berbagai kawasan di tanah suci.
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali radhiyaAllahu `anhuย dalam Ihya` ‘Ulumiddin, jilid 4, halaman 541 membawa 2 kisah orang bermimpikan Siti Zubaidah selepas kewafatannya. Mimpi yang pertama adalah sebagai berikut:- Ibrahim bin Ishak al-Harbi berkata: Aku bermimpikan Zubaidah, lalu aku bertanya: “Apakah yang dilakukan Allah terhadap dirimu?” Dia menjawab: “Dia telah mengampuniku.” Lalu aku bertanya: “Adakah sebab harta yang telah engkau nafkahkan untuk jalan ke Makkah?” Zubaidah menjawab: “Adapun harta yang telah kubelanjakan tersebut ganjarannya telah dikembalikan kepada tuan-tuan empunyanya dan aku diampuni kerana niatku.” Manakala kisah mimpi kedua adalah sebagai berikut: Seseorang telah bermimpi bertemu dengan Zubaidah, lalu dia berkata kepadanya: “Apa yang telah Allah lakukan terhadap dirimu?” Dia menjawab: “Telah diampunkan aku dengan (berkat) empat kalimah ini: La ilaha illa Allah, ufni biha ‘umri; La ilaha illa Allah, adkhulu biha qabri; La ilaha illa Allah, akhlu biha wahdi; La ilaha illa Allah, alqa biha Rabbi.”

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rahimahullah turut menukilkan kisah tersebut dalam Hujjatullah ‘alal ‘alamin pada halaman 544. Kisah yang sama dengan kisah kedua nukilan Imam al-Ghazali tersebut, iaitu Siti Zubaidah menyatakan dalam mimpi tersebut bahawa beliau mendapat keampunan dengan sebab 4 kalimah tadi. Kisah mimpi ini amatlah masyhur dalam nukilan para ulama termasuklah ulama Nusantara. Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rahimahullah tidak ketinggalan menukilkan kisah mimpi zikir Zubaidah tersebut dalam kitabnya Bada-i`uz Zuhur.
Sebagai penutup, faqir kongsikan nukilan daripada ulama yang hampir masanya dengan kita, iaitu Ra-isul Muhadditsin, Mawlana Zakaria al-Kandahlawi dalam kitabnya yang masyhurย Fadhilat Zikir. Pada perbahasan hadis yang ke-32, Mawlanaย turut menyentuh dan membawa kisah Siti Zubaidah, di mana beliau menulis sebagai berikut: Seorang telah melihat Hadrat Zubaidah rahimahallahu ta’ala dalam mimpi, kemudian beliau ditanya: “Bagaimana dengan keadaan puan?” Jawab beliau: “Aku telah mendapat keampunan dengan berkat empat kalimah:

Zikir tersebut, yang dikenali sebagai “Tahlil Zubaidah” atau “Tahlil Siti Zubaidah”, mengandungi permohonan dan menyatakan hasrat serta harapan agar hidup – mati kita adalah atas kalimah tauhid tersebut. Kita mengharapkan agar umur kita di dunia ini dihabiskan untuk mengucap, membenar, mentahqiq dan merealisasikan segala kehendak, hak dan tuntutan kalimah tauhid yang suci tersebut. Harapan kita lagi, ketika kita masuk ke dalam kubur kita nanti, memulakan langkah ke alam barzakh, adalah dengan kalimah tersebut. Di dalam alam barzakh, ketika kita sendirian dalam liang lahad yang sempit, maka harapan kita adalah kalimah tersebut menjadi peneman dan penghibur menghilangkan kesunyian kita. Lalu ketika berdirinya Hari Kebangkitan, dibangkitkanlah kita bersama kalimah tersebut menuju Qadhi Rabbul Jalil, maka berjumpalah kita denganNya bersama kalimah tersebut, dipenuhi keimanan yang sempurna sehingga kita meraih keredhaanNya dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh kenikmatan. Mudah-mudahan Allah kabulkan segalanya.
Tags: AgamaAgama IslamDakwahIlmuIslamiMuslimPengetahuanWawasan
ShareTweetPin
Religius

Religius

Related Posts

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta
Religi

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 โ€” Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 โ€” Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel
Religi

Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel

13.06.2025
Next Post

Lakukan Cara Lengkap Ini Saat Paspor Hilang Di Luar Negeri Sesegera Mungkin Jangan Ditunda

Wonderful Indonesia: Wisata Alam dan Sejarah di Sumatera Barat

Wonderful Indonesia: Wisata Alam dan Sejarah di Sumatera Barat

Iklan

Recommended Stories

Anggota Batalyon Djarot serta senjatanya yang tertangkap Belanda (2)

20.05.2015

Sejarah Catur (15): PERTJASI (Persatoean Tjatoer Seloeroeh Indonesia); Sebaran Para Pemain Catur Pribumi Era Hindia Belanda

13.11.2023

Islam di Sierra Leone

26.03.2017

Popular Stories

  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE ยป

Terkini

Hayati Kamelia Bantah Cekcok dengan Irish Bella di Medsos: Kenal Saja Enggak

Hayati Kamelia Bantah Cekcok dengan Irish Bella di Medsos: Kenal Saja Enggak

23.01.2026
Insanul Fahmi Akhirnya Minta Maaf pada Wardatina Mawa, Akui Khilaf Lakukan Poligami

Insanul Fahmi Akhirnya Minta Maaf pada Wardatina Mawa, Akui Khilaf Lakukan Poligami

23.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Kuliner
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Sejarah
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?