Menurut mazhab dan pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah, perbuatan bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah dibenarkan tanpa mengira sama ada tawassul dengan baginda s.a.w. tersebut dilakukan sewaktu baginda masih berada di alam dunia yang fana ni ataupun setelah keberangkatan baginda ke alam barzakh dan alam baqa. Ini adalah kerana kita Ahlus Sunnah wal Jama’ah beri’tiqad bahawa yang memberi bekas dan yang berkuasa hanya Allah dan orang yang dijadikan wasilah tidak mempunyai kuasa dan tidak memberi bekas, hanyasanya mereka dijadikan wasilah kerana maqam kedudukan dan kemuliaan mereka di sisi Allah yang Maha Berkuasa. Jadi keadaan hidup atau mati mereka, tidak menjadi halangan untuk menjadikan mereka wasilah. Yang penting adalah maqam dan darjat keutamaan mereka di sisi Allah s.w.t.
“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi ‘Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama Ahmad”. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”
Sebagai umat Islam, kita tentu beriman dengan adanya kehidupan akhirat, maka maklumlah kita bahawa maqam dan kedudukan serta darjat ketinggian baginda Muhammad s.a.w. tetap tinggi bahkan terus meninggi biarpun baginda telah berpindah ke alam barzakh. Maka apa masalahnya jika seseorang bertawassul dengan baginda setelah kewafatan baginda. Orang yang menegah bertawassul dengan Junjungan s.a.w. selepas kewafatan baginda adalah orang yang tidak tahu ukuran darjat dan maqam Junjungan Nabi s.a.w. ‘Allaamah al-Muhaddits Prof. Dr. Habib Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani rhm. dalam “Mafaahiim yajibu an tushahhah” halaman 50 menyatakan sebagai berikut:-

Beberapa faedah penting dari hadits tawassul Nabi AdamDalam hadits tersebut tawassul dengan Junjungan Rasulullah s.a.w. adalah sebelum alam ini menerima kemuliaan baginda dengan kewujudan (keberadaan) Junjungan s.a.w. padanya. Maka sesungguhnya pokok pangkal bagi keabsahan tawassul adalah orang dijadikan wasilah hendaklah ada padanya kadar kemuliaan yang tinggi di sisi Tuhannya ‘azza wa jalla. Dan tidaklah disyaratkan keadaan orang tersebut hidup di alam dunia.
Dan dari itu, diketahui bahawasanya pendapat yang mengatakan tawassul tidak boleh dilakukan dengan seseorang melainkan pada waktu hidupnya di dunia, adalah pendapat orang yang menurut hawa nafsu tanpa petunjuk daripada Allah.
يا سيدي يا رسول الله











