
SEMPURNA, adalah sebuah karya fiqh
kontemporari yang membicarakan ibadat solat yang disusun oleh Dr. Zaharuddin
Abdul Rahman.
kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara
menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat
semasa solat bersama rukun dan syaratnya.
terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada
kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang
terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa. Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai
buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai
kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini
dengan baik.
disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan
kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat
juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya
dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti
dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik,
orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut
mazhab Syafi‘i atau lainnya.
syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd (cet. 2012)..






































