ADVERTISEMENT
Karyaulama yang ingin dipaparkan ini adalah sebuah karya terjemahan dari kitab asal
Arabnya yang berjudul al-Bidayah wa al-Hidayah karya
al-Imam al-Hafiz ‘Imaduddin Ibn Katsir.
Terjemahan
kitab ini dengan judul Sejarah Tamadun Islam telah
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cetakan pertamanya pada tahun
2005. Ia telah dicetakkan dalam 14 jilid. Kita ikuti beberapa catatan mengenai
buku ini yang saya nukilkan dari http://taman-buku.blogspot.com/2011_01_01_archive.html, tanpa sebarang perubahan teksnya.

Buku
Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir
merupakan buku karya agung klasik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun
2005. Ibn Kathir merupakan seorang tokoh ilmuwan yang banyak meriwayatkan
hadis. Beliau juga seorangahli matematik, tafsir dan sejarawan terkenal pada
zamannya. Buku Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir ini merupakan terjemahan
daripada buku Al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Ibn Kathir. Penerbitan edisi
buku ini dipetik daripada sebuah manuskrip yang diperoleh daripada Madrasah
al-Ahmadiah yang terletak di Kota Halb, dalam Republik Arab Syria. Manuskrip
ini dikumpulkan oleh Jumhur Muhaqqiqin (kumpulan penyemak) dan mereka telah
menjalankan penyelidikan dengan merujuk kitab induk sejarah, dan kitab Sirah
zaman dahulu.

ini mempunyai 14 jilid dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian
pertama menyentuh sejarah permulaan pemerintahan umat yang lalu hingga zaman
Arab Jahiliyyah, sejarah hidup Rasulullah s.a.w., perutusan wahyu, dan
kemunculan Islam hingga peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. dari Makkah al-Mukarramah
ke Kota Madinah al-Munawwarah. Bahagian ini bersumberkan al-Quran, Hadis dan
karya para sejarawan Islam yang terkemuka seperti Imam al-Tabary, Ibn ‘Umar,
al-Waqidiy dan lain-lain lagi.

Bahagian kedua kitab ini mencatatkan sejarah pemerintahan Khulafa al-Rashidin,
Kerajaan
Umawiyyah, Kerajaan Abasiyyah dan kerajaan serta negara-negara yang merupakan
pecahan daripada kerajaan Abasiyyah pada era keruntuhannya, sehingga ke saat ia
ditakluki oleh Moghul yang berlanjutan ke tahun 774 Hijrah.
Bahagian terakhir kitab ini pula mengutarakan persoalan mengenai hari akhirat,
kebangkitan kiamat melalui tanda-tanda awal dan akhir, serta kata-kata nasihat
yang
mengajak pembaca bertakwa kepada Allah s.w.t.. Semua persoalan tadi hanya
terkandung
dalam jilid buku yang terakhir sahaja, iaitu jilid ke-14.