Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

al-Asybah wa al-Nazhair karya Tajuddin al-Subki

Religius by Religius
21.01.2013
Reading Time: 7 mins read
0
ADVERTISEMENT

Kitab al-Asybah wa al-Nazhair merupakan
sebuah kitab dalam bidang kaedah fiqh (al-Qawa’id al-Fiqhiyyah) yang disusun
oleh Imam Tajuddin Abu Nasr ‘Abdul Wahhab bin Taqiyuddin ‘Ali bin ‘Abdul Kafi
bin ‘Ali bin Tamam al-Subki (727-771H).

Imam Tajuddin al-Subki mempelajari hadis di Mesir,
kemudian berpindah ke Damsyik bersama bapanya Taqiyyuddin al-Subki. Di Mesir,
beliau meriwayatkan hadis dari al-Hafiz al-Mizzi dan kemudiannya sentiasa mengikuti majlis ilmu
al-Hafiz al-Zahabi.

Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: “Beliau bersungguh-sungguh
mempelajari hadis, menulis catatan-catatan, bersungguh dalam mempelajari fiqh,
usul dan bahasa ‘Arab sehingga mahir dalam usia yang masih muda. Beliau
mempunyai ilmu balaghah yang hebat dan pemidato yang baik. Karya-karyanya
tersebar ketika hidupnya.”

Di Syam, beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara
(Qadhi al-Qudha)’ dan beberapa musibah menimpanya sepanjang menyandang jawatan
tersebut, namun beliau tetap bersabar terhadap musibah tersebut. Beliau
meninggal kerana sakit taun ketika umurnya 44 tahun.

Di antara karyanya yang besar ialah Jam’u al-Jawami’
fi Usul al-Fiqh, kitab Qawa’id Fiqhiyyah iaitu al-Asybah wan-Nazha-ir, Thabaqat
Syafiiyyah al-Kubra (dalam beberapa jilid) dan 2 jilid Syarah Mukhtasar ibn
al-Hajib al-Usuli.



Kandungan Kitab al-Asybah wa
al-Nazha-ir;


Kitab al-Asybah wa al-Nazha-ir karya Tajuddin al-Subki dianggap di
antara karya terbaik dalam bidang kaedah fiqh. Dalam kitab ini, Tajuddin al-Subki
menyebut kaedah usul dan fiqh dan menghuraikannya  dengan cukup baik. Perkara ini tidak menghairankan
kerana beliau adalah seorang yang mendalam ilmunya dalam kedua-dua bidang – fiqh
dan usul. Kehebatan ilmu beliau dimanifestasikan dalam kitab al-Asybah wa al-Nazha-irnya.
Walaupun kitab ini tidak membincangkan masalah fiqh, namun ia adalah antara
kitab terbaik dalam bidang kaedah fiqh kerana susunan bahasanya yang baik dan
kemantapan idea yang dilontarkan ketika membincangkan sesuatu kaedah. Justru
itu, ada ulama lain juga menurut metod penulisan Tajuddin al-Subki. Di
antaranya Ibn Nujaim dan al-Sayuthi (911H) yang juga menulis kitab kaedah fiqh
dengan menggunakan nama al-Asybah wa al-Nazha-ir.

RELATED POSTS

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim


Tajuddin al-Subki juga menyebut antara faktor yang mendorong beliau menulis
kitabnya ialah melihat kepada kitab al-Asybah wa al-Nazha-ir karya Ibn al-Wakil
atau sebenarnya Abdullah bin al-Murahili (716H) yang memerlukan kepada
penjelasan yang lebih mendalam. Beliau telah  menyusun kembali karya Ibn al-Wakil tersebut dengan
penyusunan yang lebih baik dari awal kitab hingga akhirnya kerana Ibn Wakil
meninggal dalam keadaan isi karyanya itu bertebaran di sana-sini.

Tajuddin al-Subki telah menggunakan metod berikut
dalam penulisannya kitab al-Asybah wa al-Nazha-ir, iaitu;

ADVERTISEMENT

1.      Memulakan kitab dengan 5 kaedah
asas dan menghuraikannya dengan cukup baik.

2.      Menyebutkan kaedah-kaedah fiqh yang
penting yang dinamakan ‘al-Qawaid al-‘Ammah’ kerana ia tidak khusus kepada
sesuatu bab sahaja.

3.      Menyebutkan dhawabit fiqhiyyah
dan menamakannya sebagai ‘al-Qawaid al-Khashshah’.

4.      Menyebutkan beberapa masalah
Aqidah yang lahir darinya beberapa cabang fiqh yang diperlukan oleh seorang
ulama fiqh.

5.      Membincangkan kaedah-kaedah usul
dan masalah-masalahnya.

6.      Meletakkan satu bab yang
membincangkan beberapa kalimah bahasa Arab dari aspek Balaghah dan Nahu yang
muncul darinya beberapa cabang fiqh.

7.      Meletakkan satu bab membicarakan
perselisihan pandangan di antara Abu Hanifah dan Imam Shafie.

8.      Beliau mengakhiri kitabnya dengan
beberapa perbahasan yang penting dan perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian.

Tajuddinal-Subki menggunakan metod yang cukup baik dalam penulisannya. Setiap
kali beliau memulakan sesuatu bab, beliau akan menyebutkan satu pendahuluan
ringkas memberikan gambaran perbincangannya. Dalam metodologi penulisan
masakini, mungkin boleh disebut sebagai sinopsis. tajuddin
al-Subki menyebut hampir 60 kaedah dengan huraian
yang berbeza panjang dan ringkasnya.

Jika diteliti penulisan al-Subki dalam al-Asybah wa al-Nazha-irnya ini,
didapati ciri-ciri berikut:

1.      Pembentangan kaedah dengan ibarat
tersendiri yang tidak ada pada orang lain.

2.      Membersihkan beberapa kaedah yang
diterima dari ulama terdahulu dan memberikan warna baru dari segi sighah dan
ibarat dengan cara yang lebih mantap.

3.      Menyebut sighah berbeza bagi
sebahagian kaedah serta merujukkannya kepada mereka yang berkata demikian. Ini
dapat membantu memahami perkembangan ilmu kaedah fiqh.

Kesimpulannya, Kitab al-Asybah wa al-Nazha-ir karya
Tajuddin as-Subki adalah karya besar yang cukup hebat dalam bidang kaedah fiqh
yang memberikan sumbangan cukup berharga kepada khazanah ilmu Islam ketika itu
dan zaman selepasnya.

Tags: Agama IslamDakwahIlmuInformasiIslamiMuslimWawasan Pengetahuan
ShareTweetPin
Religius

Religius

Related Posts

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel
Religi

Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel

13.06.2025
Siapa Sajakah yang Berhak Menjadi Wali Nikah, Jika Ayah Mempelai Wanita Tidak Ada?
Religi

Siapa Sajakah yang Berhak Menjadi Wali Nikah, Jika Ayah Mempelai Wanita Tidak Ada?

13.06.2025
Next Post
6 Artis Cerai Masih Tetap Rukun, Dipisahkan Takdir Disatukan Anak

Pasukan Keraton Yogyakarta di tahun 1929

‘Aqidah al-‘Awam (عقيدة العوام)

'Aqidah al-'Awam (عقيدة العوام)

Iklan

Recommended Stories

Info Dan Review Tempat Wisata Jembatan Surabaya Atau Air Mancur Bergoyang

27.03.2018
Kiat Meningkatkan Kunjungan Wisatawan ke 2.000 Desa Wisata

Mutiara-mutiara bernilai

17.12.2005

AKP Menang, Erdogan Berjanji akan Terus Memperjuangkan Kemerdekaan Palestina

03.11.2015

Popular Stories

  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Timnas Indonesia Akan Hadapi Bulgaria, Kepulauan Solomon & Saint Kitts & Nevis bersama John Herdman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE »

Terkini

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Xiaomi Resmi Luncurkan Kids Watch Dengan pelacakan lokasi canggih

Xiaomi Resmi Luncurkan Kids Watch Dengan pelacakan lokasi canggih

21.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?