Kitabal-Arba’in Fi Ushul al-Din merupakan karya agung Hujjatul Islam Abu Hamid
al-Ghazali (450-505H), selepas kitabnya yang terkenal ‘Ihya’ Ulumiddin’.
Sebenarnya sudah lama saya mencari kitab ini, khususnya
kitab terjemahan lengkapnya. Saya mula mengenali judul kitab ini ketika belajar
di sekolah menengah lagi, iaitu membaca karya guru saya al-Fadhil al-Ustaz Abdullah
al-Qari melalui karya terjemahannya yang berjudul ‘Dasar-Dasar Kepercayaan Islam’. Iaitu terjemahan bahagian pertama
daripada kitab al-Arba’in. Insya Allah saya
akan paparkan pengenalan ringkas buku tersebut di catatan yang lain.
terjemahan kitab al-Arba’in fi Ushuluddin yang diterbitkan di Malaysia (setakat
pengetahuan saya saat ini), iaitu;
akhlak terpuji, terbitan al-Hidayah.
halaman:386 halaman.
Pintas Meraih Hidayah (40 Prinsip Agama), terbitan Pelima Media Sdn Bhd.
dalam kitab ini dihuraikan secara
terperinci 40 prinsip agama agar masyarakat dapat memahami kunci-kunci
kebahagian dalam
lapangan ilmu dan amal. Kata al-Ghazali; “Segala
amalan itu terbahagi kepada amalan lahir dan amalan batin. Manakala amalan
batin itu terbahagi pula kepada penyucian dan penghiasan”.
kandungan kitab al-Arba’in Fil Ushul al-Din yang mengandungi 40 Prinsip Agama
yang dikupas secara terperinci oleh Imam Al-Ghazali.
Zat,
Penyucian, Kuasa, Ilmu, Kehendak, Maha Mendengar dan Maha Melihat, Maha berfirman,
Tentang Perbuatan-perbuatan, Hari Akhirat, Kenabian.
Tentang
kitab-kitab yang dianjurkan untuk dipelajari berkenaan akidah.
Amal Lahiriah
Solat,
Zakat dan Sedekah, Puasa, Haji, Membaca al-Quran, Berzikir kepada Allah S5tiap
Masa, Mencari (rezeki) yang Halal, Menegakkan Hak-hak Kaum Muslim dan Pergaulan
Baik dengan Mereka, Amr bil-Makruf dan Nahy anil-Munkar, Mengikut Sunnah.
ü Penutup
: Tentang Urutan Wirid dan Memerhatikan Sepuluh Masalah.
Membersihkan Hati dari Akhlak yang Tercela
Banyak
Makan, Banyak Berbicara, Marah, Hasad, Kedekut dan Mencintai Harta, Gila
Pangkat, Cinta Dunia, Sombong, Bangga Diri, Riya.
Penutup
Tentang Seluruh Akhlak dan Tempat-tempat penipuan di dalamnya.
10 Prinsip Akhlak Terpuji
Taubat,
Khauf (takut), Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas dan Benar, Tawakal, Cinta, Reda
dengan Ketentuan Allah, Mengingati Mati dan Hakikatnya serta Bahagian-bahagian
yang Bersifat Rohaniah.







































