Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

Kitab Kasyf al-Litham ‘an As-ilah al-Anam

Religius by Religius
21.09.2012
Reading Time: 8 mins read
0
ADVERTISEMENT

RELATED POSTS

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

ADVERTISEMENT

Kitab Kasyf al-Litham ‘An As-ilah
al-Anam
 (كشف اللثام عن أسئلة الأنام) 
merupakan sebuah kitab fiqh dalam bahasa Melayu yang penting dan menjadi
rujukan ulama di Nusantara.
Kitab
“Kasyf al-Litham ‘An As-ilah al-Anam” atau dikenali dengan “Kasyf al-Litham”ini
adalah karya seorang ulama Melayu Patani yang bermastautin di Makkah,
iaitu;  Syeikh Zainul ‘Abdidin bin
Muhammad al-Fathani , yang terkenal dengan gelarannya ‘ Tuan Minal ’.
Kitab Kasyf al-Litham ini, sama judulnya
dengan sebuah kitab fiqh dalam bahasa ‘Arab yang dikarang oleh al-Syeikh Husain
bin Muhammad al-Mahalli (1170H) iaitu Kasyf al-Litham ‘An As-ilah al-Anam dikenali juga
dengan “Kitab al-Furu’’. Bahkan ia
adalah salah satu rujukan penting kitab Kasyf al-Litham karangan Tuan Minal.

Kandungan Kitab;

Kitab Kasyf al-Litham membincangkan hukum
fiqh yang mengandungi 4 bahagian hukum fiqh iaitu bahagian ibadat, muamalat,
munakahat dan jinayat.


  1. Bahagian
    ibadat bermula dengan hukum bersuci, solat, janazah, zakat, puasa,
    iktikaf, haji, umrah, udhiah, hukum makanan dan di akhiri dengan hukum perburuan.
     
  2. Di
    bahagian muamalat mengadungi hukum jual beli, jual salam, gadai, muflis,
    bersekutu, wakil, iqrar, ariah, merampas dan sebagainya.

  3. Selepas
    itu diikuti dengan bahagian yang berhubung dengan munakahat, membicarakan
    hukum pesaka, wasiat, nikah kahwin, cerai, rujuk, iddah dan diakhiri dengan
    hukum nafkah.

  4. Terdapat
    juga hukum jinayat, di antaranya pencurian, pembunuhan, qisas, diat, perzinaan,
    minuman arak, jihad, qadi, dan lainnya sehingga sampai akhir kitab ini
    pada jilid kedua.
Manakala bentuk susunan isi pembicaraan,
kitab Kasyf al-Litham dibahagikan kepada 4 peringkat yang terdiri daripada:
kitab, bab, fasal dan masalah atau furu’. Pada setiap kitab, bab dan fasal mengandungi
masalah atau furu’ yang membicarakan hukuman.

Kitab Kasyf al-Litham selesai dikarang
oleh Tuan Minal pada bulan Rajab 1307 H. bersamaan dengan tahun 1890 M.  

Cetakan
kitab kasyf al-Litham;

Cetakan
pertama yang terdiri daripada empat jilid, di terbitkan pada pertengahan
Syawal 1308 H. (1891 M.) oleh Mathba’ah al-Miriah, Makkah.
Cetakan
yang kedua terdiri daripada 2 jilid, iaitu 4 jilid yang menjadikan 2 jilid
sahaja, sedangkan kandungannya tidak berubah. Ia diterbitkan oleh Mathba’ah
al-Taqaddum al-Ilmiah, Mesir. Jilid pertama di terbitkan pada tahun 1344 H(1925
M.) dan jilid kedua pada tahun 1345 H (1926 M).
Terdapat
pelbagai cetakan yang lain diterbitkan dalam bentuk 2 jilid juga bersama pada bahagian
tepinya kitab Wisaya al-Afrad, karangan Syeikh Muhammad bin Ismail
al-Dawudi al-Fatani (Nik Mat Kecik).


Manhaj Penulisan Kitab Kasyf al-Litham:

Di sana terdapat beberapa perbezaaan yang
berlebih kurang di kalangan ulama Fatani dari segi karangan mereka, baik  dari sudut huraian, model penulisan, susunan
topik dan sumber rujukan. Di sini, akan dikemukakan manhaj penulisan kitab
Kasyf al-Litham yang mempunyai model tersendiri dalam membentangkan hukum fiqh
dalam bahasa Melayu beredisi Jawi.


  1. Naqal,
    Terjemah dan Susun: G
    erakan
    penterjemahan ini demi untuk memenuhi keperluan orang Melayu yang tidak dapat
    menguasai bahasa Arab, sama ada di kalangan orang awam atau pelajar. Terjemahan
    ini sering dilakukan oleh para ulama sendiri atau oleh pelajar-pelajar yang
    sudah mahir. Sebahagian ulama membuat syarahan untuk huraian yang lebih
    mendalam daripada apa yang terdapat dalam karangan asalnya. Berdasarkan kajian
    di dapati Tuan Minal mengarang kitab Kasyf al-Litham dengan menaqal dan
    terjemah isi hukuman atau permasalahan daripada beberapa buah kitab fiqh mazhab
    al-Syafi’i berbahasa Arab kemudian menyusun atau meletak pada satu kitab atau
    bab. Dalam penterjemahan, beliau menterjemahkan secara keseluruhannya dan
    secara ringkas. Gaya dalam penterjemahannya adalah mengikut gaya dan struktur
    dalam bahasa Arab.
    Beberapa peristilahan dalam bahasa Arab dikekalkan tanpa diterjemahksn.
    Di samping menterjemah, beliau juga memberi penjelasan ringkas terhadab terjemahan
    itu. Selain daripada naqal dan terjemah daripada kitab bahasa Arab beliau juga
    menaqalkan daripada kitab Melayu Jawi. Hal ini disebut oleh beliau pada
    muqaddimah kitabnya: “ Bahawa aku surat
    baginya akan beberapa masalah yang tiada terkaya daripada mengetahui akan dia
    dengan bahasa Jawi dan aku himpunkan akan beberapa aqwal al-fuqaha al-kiram
    pada hal aku naqalkan daripada beberapa yang muktabar pada mazhab alafham seperti
    Manhaj li Syeikh al-Islam dan Furu’ al-Mahalli dan Fathu al-Muin dan lainnya
    dari kitab Jawi atas qadar yang sedikit-sedikit ” .


  1. Sumber
    Rujukan Kitab Fiqh al-Syafi’iyyah yang kebelakangan: 
    Rujukan
    kitab Kasyf al-Litham karangan Tuan Minal ialah beberapa buah kitab fiqh
    bermazhab al-Syafi’i berbahasa Arab khususnya karangan mereka yang hidup pada
    zaman kebelakangan, antaranya kitab al-Furu’ atau Kasyf al-Litham ‘An As-ilah
    al-Anam karya al-‘Allamah Husain bin Muhammad al-Mahalli, kitab Manhaj al-Thullab
    serta syarahannya Fathu al-Wahhab karya Syeikh al-Islam Zakariya al-Anshari,
    kitab Fathu al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ain karya Syeikh Zainul ‘Abidin bin
    Abdul Aziz al-Malibari, al-Iqna’ Fi Halli Alfazh Abi Syuja’ karya Syeikh Muhammad
    bin Ahmad al-Syarbini al-Khatib, Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj karangan
    Ibnu Hajar al-Haitami, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj karya Syeikh
    Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Hamzah al-Ramli. Di samping itu juga beliau
    menaqalkan daripada kitab Jawi iaitu kita Furu’ al-Masa-il karya Syeikh Daud
    bin Abdullah al-Fathani.

Perbandingan Kitab Kasyf al-Litham dengan
Kitab Fiqh Lain:

Untuk menjelas dan menggambarkan sejauh
mana perbezaan dan keistimewaan dalam mahaj penulisan ilmu fiqh oleh ulama
Fatani yang berhampiran semasa dengan Tuan Minal dalam mengarang kitab mereka khususnya
kitab fiqh yang meliputi setiap jurusan perbincangan, maka di sini dikemukan perbandingan
di antara kitab Kasyf al-Litham dengan kitab fiqh yang lain supaya dapat
membantu dalam menjelas dan menyatakan manhaj Tuan Minal dalam kitab ini yang
dianggap sebagai rekaan sendiri. Kitab yang akan dibuat perbandingan dengannya
ialah Hidayah al-Mutaallim, Fathu al-Mannan, al-Jawahir al-Sunniah, Sullam al-Mubtadi,
Furu’ al-Masa-il, semuanya adalah karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani,
dan Mathla’ al-Badrain karya Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-
Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik).

Setelah membuat perbandingan, kita dapati
terdapatnya beberapa titik persamaan dan titik perbezaan dengan kitab-kitab yang
dikarang oleh ulama semasa atau berhampiran zaman dengan Tuan Minal. Kitab-kitab
yang dibuat perbandingan itu adalah pada asasnya adalah berbentuk naqalan dan
terjemahan dari karangan fiqh mazhab al-Syafi’i berbahasa Arab kepada bahasa Melayu
edisi Jawi demi membantu umat Islam yang tidak menguasai bahasa Arab dalam
memahami ajaran Islam di Nusantara. Manakala titik berbezaannya, antara lain ialah
kitab-kitab tersebut (kitab yang dibuat perbandingan di ata) bukan hanya membicarakan
hukum fiqh sahaja bahkan dimulai dengan pembicaraan tentang akidah, ilmu pengetahuan
dan di akhiri dengan pembicaraan akhlak dan tasauf, sedangkan kitab Kasyf
al-Litham adalah membicarakan permasalahan fiqh sahaja.

Keistimewaan kitab Kasf al-Litham juga
ialah Tuan Minal telah menceraikan sesuatu masalah dengan menggunakan istilah “masalah” dan “furu’”, samping menyebutkan sumber rujukan di akhir pembicaraan
sesuatu masalah.

Sumber: Artikel ringkas ini dipetik dan
diubahsuai dari artikel yang bertajuk “ Manhaj Syeikh Zainul Abidin
bin Muhammad al-Fatani (Tuan Minal) dalam Penulisan Fiqh: Suatu Kajian terhadap
Kitab Kasyf al-Litham 
yang boleh didownload
di pautan berikut; 

http://www.fskk.ukm.my/nun/NUN%20IV/Artikel%20EDITED%20OK%20(PDF)/07%20056-063%20Ahmad%20Ismail,%20Abdulhalim,%20Ramli%20&%20Abdurrahman.pdf

Semoga bermanfaat
Tags: Agama IslamDakwahIlmuInformasiIslamiMuslimWawasan Pengetahuan
ShareTweetPin
Religius

Religius

Related Posts

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta
Religi

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel
Religi

Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel

13.06.2025
Next Post
ENVIRO 10

ENVIRO 10

Ketika Hati Rindu Ingin Menikah

Iklan

Recommended Stories

Menyembunyikan Amalan Itu Lebih Utama (Agar Ikhlas)

Menyembunyikan Amalan Itu Lebih Utama (Agar Ikhlas)

10.08.2017

Sejarah Aceh (38): Sejarah Perjalanan Haji di Aceh, Wilayah Paling Dekat ke Mekkah; Sejarah Perjalanan Haji Era Hindia Belanda

02.01.2021

Resep Cara Membuat Ayam Bumbu Bali Enak Mudah

06.06.2014

Popular Stories

  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Timnas Indonesia Akan Hadapi Bulgaria, Kepulauan Solomon & Saint Kitts & Nevis bersama John Herdman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE »

Terkini

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Trofi Asli Piala Dunia Dipamerkan di Jakarta

Trofi Asli Piala Dunia Dipamerkan di Jakarta

22.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?