Buku yangingin dikongsi bersama kali ialah sebuah buku terjemahan dalam Bahasa Melayu yang
berjudul ‘ Rahsia Cincin Nabi dan Hukum
Bercincin ’. Buku ini diterbitkan oleh Al-Hidayah Publications. Buku dalam
koleksi saya adalah cetakan kedua pada tahun 2005, setebal 55 halaman.
penterjemahnya, iaitu al-Ustaz Abdullah al-Qari bin Haji Salleh, buku ini merupakan
terjemahan dari kitab ‘ al-Jami’ Fi
al-Khatam (الجامع في الخاتم)’ karya al-Imam Abu Bakr Ahmad bin al-Husain al-Bayhaqi. Bagi
melengkapkan lagi buku ini, Ustaz Abdullah al-Qari telah menambah beberapa tajuk
dan isi kandungan yang baru berkaitan dengan pemakaian cincin.
pengantar buku ini, Ustaz Abdullah al-Qari telah merumuskan kandungan al-Jami’ Fi
al-Khatam ini, katanya;
suatu sunnah (perjalanan hidup) Nabi Muhammad Sallallaahu ‘Alaihi Wa Sallam yang
mulia lagi suci; bukan semata-mata berdasarkan tradisi. Para sahabat Nabi
S.A.W., terutamanya ‘Abdullah Bin ‘Umar, adalah seorang yang ingin benar-benar
meniru sunnah Nabi S.A.W.; salin tak tumpah; di mana beliau bercincin dalam
kehidupan sehari-hari; demikian juga ‘Abdullah Bin al-Zubair R.A. memakai
cincin yang mengandung permohonan agar dijauhkan dari neraka. Bagi Rasulullah
S.A.W., cincin baginda adalah merupakan lambang ‘aqidah (kepercayaan) dan
politik (kekuasaan Islam), di mana menerusi copnya maka surat-surat rasmi
baginda dianggap mempunyai kekuasaan (wibawa).
merupakan suatu sunnah (Perjalanan Hidup) Nabi Muhammad Sallallaahu ‘Alaihi Wa
Sallam yang mulia lagi suci; bukan semata-mata berdasarkan tradisi. Para
sahabat Nabi saw, terutamanya ‘Abdullah Bin ‘Umar, adalah seorang yang ingin benar-benar
meniru sunnah Nabi saw, salin tak tumpah; di mana beliau bercincin dalam
kehidupan sehari-hari; demikian juga ‘Abdullah Bin al-Zubair r.a. memakai
cincin yang mengandung permohonan agar dijauhkan dari neraka.
merupakan lambang ‘aqidah (kepercayaan) dan politik (kekuasaan Islam), di mana
menerusi copnya maka surat-surat rasmi baginda dianggap mempunyai kekuasaan
(wibawa) ”.
BAHAGIAN PERTAMA: TAJUK-TAJUK ASAL
Memakai
Cincin Perak Di Tangan Kanan
Keharusan
Bercincin Bagi Imam (Pemimpin)
Cincin
Cop Nabi S.A.W.
Cincin
Nabi Bertukar Tangan
Bercincin
Di Kelingking Kiri
Bercincin
Di Jari Kiri
Keharusan
Bercincin Perak
Memakai
Cincin Perak
Memakai
Cincin Di Kiri
Menyesuaikan
Antara Banyak Riwayat Hadith
Bercincin
Di Tangan Kanan
Galakan
Pada Mata Cincin
Cop
Surat-Surat
Menulis
Pada Cincin
Cincin Cop Kerasulan Nabi saw
Bahayanya
Cincin Emas
Aliran al-Baihaqi:
Memakai Cincin Di Tangan Kiri
TAJUK-TAJUK TAMBAHAN
Membuat
Tulisan Pada Cincin
Hukum-Hukum
Memakai Cincin;
– Hukum Bercincin
– Hukum Bahan Pembuatan Cincin
– Hukum Mengenai Berat Bahan Cincin
– Hukum Bilangan Cincin
– Hadith-Hadith Memakai Cincin Pada Tangan Kanan
– Hadith-Hadith Memakai Cincin Pada Tangan Kiri
– Tinjauan Tangan Kanan Atau Kiri?
– Utama Bercincin Di Jari Kelingking
Cincin
Hadiah Allah Sebelum Memasuki Syurga
Cop
Cincin Rasulullah Pada Surat Baginda Kepada Muqauqis, Gabenor Rom Timur Di
Mesir
Baginda Kepada Hiraklius, Penguasa Rom Timur
belum memiliki kitab versi Arabnya. Saya ada cuba mencari pautan download kitab
‘Arab di internet, kalau-kalau ada ebooknya sama ada dalam file pdf, word dan
sebagainya. Namun tidak dijumpai[1]. Jika pembaca ada maklumat mengenai
kedai-kedai buku yang ada kitab ini, bolehlah maklumkan kepada saya.
ini boleh dibaca secara atas talian (online) di pautan الجامع في الخاتم / الجامع
في الخاتم.




































