Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

al-Shirath al-Mustaqim, karya al-Raniri

Religius by Religius
05.08.2012
Reading Time: 12 mins read
0
How to Join Samsung NX Traveller 2015 goes to Korea
ADVERTISEMENT

Kitab al-Shirath
al-Mustaqim
merupakan
kitab fiqh berbahasa Melayu yang pertama sekali dikarang di Nusantara ini.
Ia adalah karya seorang ulama terkenal di Nusantara iaitu Shaykh Nur al-Din al-Raniri (1600-1658M), seorang Shaykh al-Islam di Acheh. Walaupun kitab ini hanya membicarakan tentang fiqh ibadat sahaja, namun ia
merupakan perintis kepada penulisan kitab-kitab fiqh berbahasa Melayu. Selepas
daripada itu, muncul pelbagai karya fiqh yang dihasilkan oleh para ulama di
Nusantara ini. Kemunculan al-Sirat al-Mustaqim suatu yang amat
signifikan kepada ummah Melayu pada masa itu sebagai rujukan dan panduan dalam
melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t. Sambutan yang diterima terhadap kitab
ini amat hebat sekali sehinggakan ia kitab yang paling berpengaruh dan
berautoriti serta digunapakai dengan meluas terutamanya di Aceh sehingga abad
ke-19. Bukan sahaja di Aceh, bahkan kitab ini juga digunapakai secara meluas di
seluruh Alam Melayu.

RELATED POSTS

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

Muqaddimah Kitab

Shaykh Nur
al-Din al-Raniri memulakan kitabnya ini menurut kebiasaan yang dilakukan oleh
kebanyakan para pengarang dengan berkhutbah memuji dan memuja Allah s.w.t
seterusnya berselawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para
sahabat r.a. Khutbah kitab beliau ini dilakukan dalam bahasa Arab dan
kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

ADVERTISEMENT

Pada khutbah
kitab ini, beliau menjelaskan beberapa perkara yang berkait dengan penulisan
kitab beliau ini. Ia adalah sebagaimana berikut :

i.  Tahun beliau memulakan penulisan kitab ini.
ii.  Sebab beliau mengarang kitab ini.
iii. Aliran
mazhab fiqh yang mendasari penulisan kitab ini.
iv. Tujuan
beliau mengarang kitab ini.
v.  Nama kitab ini.
vi. Rujukan yang
beliau gunakan dalam mengarang kitab ini.

Beliau juga
didapati amat bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa penulisannya ini
bertepatan dengan kehendak al-Qur’an dan al-Hadith. Beliau juga
berpesan kepada pembaca jika sekiranya terdapat petikan yang salah dalam
penulisannya ini daripada sumber-sumber rujukannya, maka hendaklah
diperbetulkan petikan tersebut dengan susunan ayat yang lebih tepat. Seterusnya
beliau berpesan supaya kitab ini disebarluaskan ke seluruh negeri-negeri Islam supaya
beliau diganjari pahala oleh Allah s.w.t.

Rujukan Pengarang;

Pada mukadimah al-Sirat
al-Mustaqim
, beliau menyenaraikan beberapa buah kitab fiqh berbahasa Arab
yang dijadikan rujukan asas dalam penulisan kitabnya ini, iaitu;

i.                   
Minhaj al-Talibin Wa ‘Umdah al-Muftin karya Imam al_Nawawi

ii.                 
Manhaj al-Tullab dan
Fath al-Wahhab
karya Abu yahya Zakaria al-Anshari

iii.               
al-Anwar Li A‘mal al-Abrar karya Jamaluddin al-Ardabili.

iv.               
‘Umdah
al-Salik Wa ‘Uddah al-Nasik
karya
Ibn Naqib
Shihab al-Din Abu ‘Abbas.

Selain daripada
rujukan-rujukan yang disenaraikan oleh Shaykh Nur al-Din al-Raniri pada
mukadimah kitabnya ini, beliau juga didapati merujuk kepada karangan-karangan
fiqh yang lain. Perkara ini dapat dikesan apabila dilakukan penelitian secara
menyeluruh ke atas al-Sirat al-Mustaqim ini. Ianya adalah seperti
berikut :

i.                   
Fath al-Jawwad Sharh al-Irshad karya Ibn
Hajar al-Haytami.

ii.                 
Mughni al-Muhtaj Ila Ma‘rifah Ma‘ani Alfaz al-Minhaj
karya al-Khatib al-Sharbini.

iii.               
 Tuhfah al-Muhtaj Bi Sharh al-Minhaj karya Ibn Hajar al-Haytami

iv.               
al-Manhaj al-Qawim Bi Sharh Masa’il al-Ta‘lim, karya Ibn
Hajar al-Haytami.

Selain
kitab-kitab ini, terdapat tiga buah kitab fiqh lain yang disebut oleh Shaykh
Nur al-Din al-Raniri iaitu  Asl
al-Rawdah
, al-Sharh al-Saghir dan Manasik al-Nawawi.  Asl al-Rawdah adalah merujuk kepada Al-‘Aziz
Sharh al-Wajiz
karangan al-Imam al-Rafi‘i. Ia merupakan kitab asal Rawdah
al-Talibin Wa ‘Umdah al-Muftin
sebelum diringkaskan oleh al-Imam al-Nawawi.
al-Sharh al-Saghir pula adalah karya al-Imam al-Rafi‘i. Ia merupakan
huraian (sharh) ke atas al-Wajiz karangan al-Imam al-Ghazali. Manasik
al-Nawawi
pula adalah salah satu karangan al-Imam al-Nawawi tentang ibadat
haji. Penulis percaya bahawa beliau tidak merujuk secara langsung kepada
kitab-kitab tersebut tetapi dinyatakan melalui perantaraan rujukan-rujukan yang
beliau gunakan dalam penulisan ini. Selain kitab-kitab fiqh, beliau juga
merujuk kepada kitab-kitab hadith seperti Sahih al-Bukhari, Sahih
Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sahih Ibn Hibban
dan lain-lain
lagi berdasarkan kewujudan sejumlah besar hadith dalam kitab beliau ini.
Boleh jadi beliau merujuk terus kepada kitab-kitab hadith ini ataupun
melalui perantaraan kitab-kitab fiqh rujukan beliau itu.

PENYUSUNAN
TOPIK-TOPIK DALAM AL-SIRAT AL-MUSTAQIM

al-Sirat
al-Mustaqim
adalah
sebuah kitab fiqh yang hanya membicarakan hukum-hakam yang berkaitan dengan
bahagian ibadat sahaja. Sedangkan penulisan lengkap dalam sesebuah karya fiqh
menurut ulama-ulama dalam mazhab Shafi‘i mengandungi empat bahagian yang utama
iaitu:

1- Bahagian
ibadat
2- Bahagia
muamalat
3- Bahagian
munakahat
4- Bahagian
jenayah dan pertikaian (mukhasamat).

Manakala Bab
al-Fara’id
adalah merupakan bahagian yang tersendiri dan diletakkan antara
bahagian muamalat dan munakahat. Penulis mengandaikan wujudnya dua faktor yang
menyebabkan Shaykh Nur al-Din al-Raniri hanya menumpukan penulisan bahagian
fiqh ibadat sahaja dalam al-Sirat al-Mustaqim.

Pertama,
memenuhi keperluan orang ramai mempelajari dan mendalami bahagian tersebut. Ini
kerana fiqh ibadat adalah merupakan satu bahagian yang mengandungi
persoalan-persoalan asas yang paling penting untuk dihayati dan difahami dalam
kehidupan seorang individu muslim. Dengan sebab itulah ia diletakkan pada
kedudukan yang pertama berbanding dengan bahagian-bahagian fiqh yang lain.
Melakukan ibadat kepada Allah s.w.t pula merupakan tujuan asasi dijadikan
manusia ini dan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat adalah bergantung atas
melakukan ibadat dengan cara yang betul menurut ajaran syariat Islam.

Kedua, boleh
jadi beliau mengikuti salah satu metode penulisan fiqh ulama Shafi‘iyyah yang
hanya menumpukan penulisan bahagian ibadat sahaja. Metode penulisan fiqh dalam
bentuk ini dipercayai berasal daripada ulama Shafi‘iyyah dari Yaman. Ini kerana
kebanyakan penulisan-penulisan fiqh dalam bentuk ini dikarang oleh mereka
seperti al-Muqadimmah al-

Hadramiyyah karya al-Shaykh
‘Abd Allah b. ‘Abd al-Rahman b. Abi Bakr Ba Fadl al-Hadrami al-Sa‘di
al-Madhhiji (m. 918H), al-Risalah al-Jami‘ah Wa al-Tadhkirah al-Nafi‘ah oleh
al-Sayyid Ahmad b. Zayn al-Habshi (m. 1145H), Safinah al-Najah Fi Ma Yajibu
‘Ala al-‘Abd Li Mawlah
oleh al-Shaykh Salim b. ‘Abd Allah b. Sa‘d b. Samir
(m. 1270H), al-Durrah al-Wiqadah Sharh al-Ifadah oleh al-Shaykh Muhammad
b. ‘Abd Allah Ba Sawdan (m. 1281H) dan Mawahib al-Dayyan Sharh Fath
al-Rahman
oleh al-Shaykh Sa‘id b. Muhammad Ba ‘Ashn (m. 1270H).

Berhubung dengan
bahagian ibadat ini, ulama-ulama dalam mazhab Shafi‘i memasukkan di bawahnya
beberapa kitab yang tertentu, iaitu :

1- Kitab
al-Taharah
(Bersuci)
2- Kitab
al-Salah (
Solat)
3- Kitab
al-Zakah
(Zakat)
4- Kitab
al-Siyam
(Puasa)
5- Kitab
al-I‘tikaf
(Iktikaf)
6- Kitab
al-Hajj
(Haji).

Manakala Kitab
al-Sayd Wa al-Dhaba’ih
(Perburuan dan Penyembelihan), Kitab al-Udhiyah (Korban)
dan Kitab al-At‘imah (Makanan), mereka berselisih pendapat dalam
menentukan kedudukan kitab-kitab ini dalam bahagianbahagian utama fiqh.
Sebahagian mereka meletakkan kitab-kitab ini selepas Kitab al-Hudud (Bahagian
Jenayah dan Pertikaian) kerana mengikuti tatacara al-Imam al-Muzani. Manakala
sebahagian yang lain pula meletakkannya selepas bahagian ibadat kerana
mengikuti perbuatan segolongan ulama-ulama mazhab Shafi‘i yang lain. Menurut
Ibn Qasim al-Ghazzi, susunan yang dilakukan oleh golongan yang kedua ini adalah
lebih sesuai kerana mencari sesuatu yang halal itu merupakan kewajipan ke atas
setiap individu (fard ‘ayn). Justeru amat sesuailah kitab-kitab ini
diletakkan selepas bahagian ibadat yang juga merupakan amalan yang berkaitan
dengan perbuatan setiap individu Muslim.

Berasaskan
kepada perkara ini, didapati bahawa Shaykh Nur al-Din al-Raniri mengikuti
pendekatan golongan yang kedua apabila beliau memasukkan kitab-kitab berikut
dalam al-Sirat al-Mustaqim: Kitab al-Taharah (Bersuci); Kitab
al-Salah
(Solat); Kitab al-Zakah (Zakat); Kitab al-Siyam (Puasa);
Kitabal-I‘tikaf (Iktikaf); Kitab al-Hajj (Haji); Kitab
al-Udhiyah
(Korban); Kitab al-Sayd Wa al-Dhaba’ih (Perburuan dan
Penyembelihan) dan Kitab al-At‘imah (Makanan).

Penyusunan
setiap tajuk dalam kitab beliau ini pula adalah mengikuti pendekatan yang
dilakukan dalam karangan-karangan fiqh berbahasa Arab dengan membahagikan
tajuk-tajuk tersebut di bawah kitab, bab, fasl dan mas’alah.
Contohnya, di bawah Kitab al-Taharah terdapat beberapa bab iaitu Bab
al-Wudu’
, Bab Ma Yujib al-Ghusl, Bab al-Tayammum dan Bab al-Hayd
Wa al-Istihadah Wa al-Nifas
. Di bawah bab-bab tersebut terdapat beberapa fasl.
Di bawah fasl-fasl itu pula terdapat beberapa mas’alah. Beliau juga
memulakan sesuatu topik yang lebih kecil (far‘) dengan kata-kata “Syahadan”,
“Sebermula”, “Bermula”, “Adapun”, dan “Dan Demikian lagi”. Kadang-kadang beliau
meletak sesuatu topik itu di bawah tajuk “Fa’idah” dan “Tanbih”.

Artikel ini merupakan petikan dari artikel
yang bertajuk:

METODE PENULISAN FIQH
OLEH NUR AL-DIN AL-RANIRI DALAM KITAB AL-SIRAT AL-MUSTAQIM …

Untuk maklumat
yang lebih terperinci mengenai Kitab al-Sirat al-Mustaqim ini, anda
boleh mendownload dengan meng “klik” tajuk artikel di atas, atau pautan di
bawah;

http://myais.fsktm.um.edu.my/8077/

Semoga
bermanfaat.

Tags: Agama IslamDakwahIlmuInformasiIslamiMuslimWawasan Pengetahuan
ShareTweetPin
Religius

Religius

Related Posts

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta
Religi

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel
Religi

Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel

13.06.2025
Next Post

Ayat-ayat Mutasyabihat

Sepuluh Karir yang Cocok Buat Petualang

Iklan

Recommended Stories

Yang Tak Disangka di Mawasangka

Penerbangan pertama dari Belanda ke Indonesia 1: Perjalanan di Eropa, 1924

06.01.2019

Sejarah Bangka Belitung (40): Pertanian di Bangka Belitung dan Impor Beras dari Jawa; Pertanian Lada versus Pertambangan Timah

11.10.2022
Alamat Lengkap dan Nomor Telepon Kantor Bank Sinarmas di  Bogor

Alamat Lengkap dan Nomor Telepon Kantor Bank Sinarmas di Bogor

21.11.2020

Popular Stories

  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Timnas Indonesia Akan Hadapi Bulgaria, Kepulauan Solomon & Saint Kitts & Nevis bersama John Herdman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE »

Terkini

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Trofi Asli Piala Dunia Dipamerkan di Jakarta

Trofi Asli Piala Dunia Dipamerkan di Jakarta

22.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Kuliner
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Sejarah
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?