Jumaat, 3 Zulhijjah 1433H: Ahmad bin Mani’ menceritakan kepada kami, Isma’il bin ‘Ulabbah memberitahukan kepada kami, Ayub memberitahukan kepada kami di mana keduanya berkata: “Hammad bin Zaid memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ghailan bin Jarir dari ‘Abdullah bin Ma’bad Az-Zamani dari Abu Qatadah bahawasanya nabi s.a.w. bersabda: “Puasa pada hari ‘Arafah, sesungguhnya saya memohon kepada Allah, agar dapat menghapus dosa satu tahun sesudahnya dan satu tahun sebelumnya.”
ย
Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Sa’id. Abu ‘Isa berkata: “Hadis Abu Qatadah tersebut adalah hadis hasan. Para ulama’ menganggap sunat untuk berpuasa pada hari ‘Arafah kecuali di ‘Arafah.”
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0746
ADVERTISEMENT








