Jumaat, 5 Zulkaedah 1433H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah saw. bersabda kepada kami dalam suatu pengajian, sabdanya: “Hai manusia! Allah telah mewajibkan kepada mu ibadah haji; kerana itu hajilah kamu semua.”
ย
Lalu bertanya seorang lelaki, “Apakah setiap tahun, ya Rasulullah?”
ย
Beliau diam beberapa ketika, sehingga orang itu bertanya sampai tiga kali. Kemudian beliau menjawab, “Seandainya ku katakan ya, tentulah wajib kamu tunaikan setiap tahun; nescaya kau tidak akan sanggup melaksanakannya. Kerana itu biarkanlah untuk sementara masalah yang belum ku jelaskan. Sesungguhnya orang-orang yang sebelum engkau mendapat celaka kerana mereka banyak tanya dan suka mendebat para Nabi mereka. Kerana itu bila ku perintahkan kamu mengerjakan sesuatu, laksanakanlah seboleh-bolehnya, dan apabila ku larang kamu mengerjakan sesuatu, hentikanlah segera.”
ย
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1275
Terkait