Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: โSatu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurgaโ (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Antaranya ialah :
1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi SAW bersabda: โTidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).โ Para sahabat bertanya: โWalaupun berjihad di jalan Allah?โ
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: โWalaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).โ (HR al-Bukhari)
2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:โPuasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.โ (HR Muslim)
3. Solat `Eidul-Adha
Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladhaโ – Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
โSesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.โ – Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4. Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah SAW bersabda:โAmalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.โ – Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412









