Huraian
-
Agama Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT.
-
Setelah berusaha dan berdoa, kita perlu menyerahkan diri kepada Allah iaitu bertawakal kepadaNya kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmah disebaliknya.
-
Kehidupan di dunia ini merupakan tempat ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauhmanakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah.
-
Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan.
-
Orang yang kurang imannya di mana hal yang demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya.
-
Sebagai seorang muslim yang beriman kita sentiasa perlu beringat bahawa setiap kesakitan yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya di mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.
-
Orang yang bersabar menghadapi ujian Allah akan dipertingkatkan darjatnya dan diampunkan dosanya.
-
Bukankan setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu’Pantang menyerah sebelum ajal!’.



























![[Lirik+Terjemahan] SKE48 – Onna no Ko no Dairokkan (Gadis Dengan Indera Ke-enam)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/SKE48-Seifukunome-1.jpg?fit=400%2C397&ssl=1)
