Ramadhan Mubarak. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa kita lebih hampir kepada keredhaan Allah swt. Semarakkanlah Ramadhan ini dengan berbagai amal kebajikan sebagai sarana untuk meraih rahmat dan kasih-sayang Allah swt. Jangan kita persiakan bulan yang penuh keberkatan ini. Jalanilah ibadah puasa dengan sungguh-sungguh, setekun mungkin disertai ketulusan hati. Sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhanwalaupun hanya sehari, tanpa uzur, maka atasnyalah penyesalan yang tidak berkesudahan. Sehari Ramadhan yang dipersia-siakan, tidak akan dapat ditebus walaupun dengan berpuasa sepanjang masa, sebagaimana sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan, antaranya oleh Imam Abu Dawud, yang bermaksud :-رخصها الله له و لا مرض لم يقضه صوم الدهر كله و إن صامه
“Sesiapa yang tidak berpuasa sehari dari bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (rukhshah) yang diizinkan Allah atau kerana penyakit, maka ianya tidak dapat diqadha’ dengan puasa sepanjang masa, meskipun dilaksanakan.”








































