radiallahu ‘anhu pada hari Jumaat, beliau sedang solat ke arah sesuatu
yang menghalanginya daripada manusia. Seorang pemuda dari Bani Abu
Mu’aith ingin lalu di hadapannya.
pada dadanya. Pemuda itu melihatnya dan tidak menemui sebarang laluan
melainkan di hadapan Abu Sa’id. Sekali lagi dia cuba melintas lalu Abu
Sa’id menghalang dengan lebih keras, lalu pemuda itu pun beredar dari
Abu Sa’id.
Abu Sa’id pun kemudian bertemu dengan Marwan, lalu Marwan berkata: “Apa
halnya engkau dan anak saudara engkau ini wahai Abu Sa’id?
Abu
Sa’id menjawab: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Apabila salah seorang kalian solat ke arah sutrah, lalu seseorang mahu
melintas di hadapannya, hendaklah dia menghalangnya. Seandainya dia
enggan, perangilah dia. Sesungguhnya dia syaitan.”
[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat hadis no:487]






































