
al-Bidayah wa al-Nihayah (البداية والنهاية)
atau juga dikenali sebagai Tarikh Ibnu Katsir (تاريخ ابن كثير) adalah sebuah karya dalam bidang sejarah yang disusun
oleh al-Hafizh Imaduddin Abu al-Fida Ismail
bin Umar bin Katsir al-Quraisyi al-Bashri al-Dimasyqi, al-Syafi’i (774 H), yang
terkenal dengan gelaran Ibnu Katsir.
kitab ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu;
menyentuh sejarah
awal penciptaan alam semesta, langit dan bumi, malaikat, manusia
pertama, kemudian kisah para nabi dan umat-umat terdahulu hingga sejarah hidup Nabi
Muhammad saw (dari lahir hingga kewafatan baginda). Bahagian ini bersumberkan
al-Quran, Hadis dan karya para sejarawan Islam yang terkemuka seperti Imam
al-Tabary, al-Waqidiy dan lain-lain lagi.
kitab ini mencatatkan sejarah pemerintahan Khulafa al-Rashidin, Kerajaan
Umawiyyah, Kerajaan Abasiyyah dan kerajaan serta negara-negara yang merupakan
pecahan daripada kerajaan Abasiyyah pada era keruntuhannya, sehingga ke saat ia
ditakluki oleh Moghul yang berlanjutan ke tahun 774 Hijrah.
kitab ini pula mengutarakan mengenai peristiwa yang akan terjadi di akhir zaman
seperti tanda-tanda datangnya kiamat, perjalanan di alam barzakh, kebangkitan
kembali pada hari akhirat dan mengenai surga dan neraka. Kisah-kisah yang
dipaparkan berdasarkan dari al-Quran dan hadits Nabi saw. Kitab ini diakhiri
dengan kata-kata nasihat yang mengajak pembaca bertakwa kepada Allah S.W.T.
ini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia, termasuk bahasa Melayu dan
Indonesia.
kitab yang diterbitkan oleh Maktabah al-Ma’arif, Beirut, kitab ini telah
diterbit dalam 15 jilid. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan البداية والنهاية
atau البداية والنهاية.
bermanfaat.







































