Kitab Syarh Syuruth al-Wudhuk (شرح شروط الوضوء) merupakansebuah karya fiqh yang ringkas yang disusun oleh al-Imam Syihabuddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah al-Ramli al-Anshari (957H), yang terkenal dengan
gelaran al-Ramli al-Kabir.
karya fiqh mengenai syarat-syarat sah wuduk yang disusun dalam bentuk nazam
(syair). Mengenai penyusun sebenar nazam sebanyak 15 bait ini, tidak diketahui
dengan pasti. Bahkan Imam Syihabuddin al-Ramli, di dalam muqaddimah Syarah
Syuruth al-Wudhuk ini ada menyebutkan dua nama tokoh mazhab Syafi’i yang
berkemungkinan merupakan penyusun bagi nazam ini, iaitu;
al-Imam Abu
Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
al-Imam
Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Zaynuddin al-‘Iraqi (826H).








































