
(Jawi) karya Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani (1260-1333H/1844-1915M)
seorang tokoh ulama Nusantara yang berkediaman di Makkah dan seorang guru di
Masjidil Haram. Beliau terkenal dengan gelaran Syeikh Nik Mat Kecik Patani.
Kitab ini menjadi teks pengajian aqidah dan fiqh (khususnya mengenai bab bersuci dan sembahyang)
mengikut mazhab al-Syafi’i di kebanyakan pondok-pondok, masjid dan surau di
Musantara, khusus di Malaysia dan Selatan Thailand.
al-Fathani menerangkan tujuan penyusunan kitab ini dan secara ringkas isi
kandungannya;
bahawa aku himpunkan baginya suatu risalah yang kecil yang diterjemahkan dia
dengan bahasa Jawi yang terkandung ia bagi menyatakan segala rukun Islam dan
rukun Iman terkandung ia bagi menakuti
akan orang yang meninggalkan sembahyang dan terkandung bagi menyatakan segala
syarat sembahyang dan segala rukun sembahyang dan menyatakan setengah daripada
faedah dunia dan akhirat ”.
rukun Islam dan Iman…” dan “ Bab pada menyatakan menakuti orang yang
meninggalkan sembahyang ”.
hukum bersuci ” mengandungi beberapa bab – yang menerangkan mengenai hukum
istinjak, mengambil wuduk, mandi junub, mandi haid dan nifas serta segala mandi
sunat dan hukum tayammum. Juga mengenai haid, nifas dan istihadah, serta
mengenai najis dan cara menghilangkannya.
sembahyang ” yang menerangkan beberapa bab mengenai tatacara sembahyang,
iaitu syarat-syarat, rukun-rukun, sunat-sunat dan perkara yang membatalkan
sembahyang. Diterangkan juga mengenai sujud sahwi, sembahyang sunat, sembahyang
berjemaah dan sembahyang qasar –jamak. Penerangan juga diberikan mengenai
sembahyang Jumaat, sembahyang dua hari raya, sembahyang gerhana bulan dan
matahari, sembahyang istisqa’ dan diakhiri dengan sembahyang jenazah.
setengah daripada beberapa faedah dunia dan akhirat ”. Dalam bab ini
diterangkan zikir-zikir selepas sembahyang dan doa-doa yang berdasarkan amalan
Rasulullah saw, para sahabat dan orang-orang salih terdahulu.
Kitab ini ditutup dengan sebuah “ Khatimah” ,antaranya menyatakan tarikh kitab ini
siap ditulis oleh penyusunnya, iaitu; “ pada hari Khamis 20 hari bulan Dzil
Qa’edah pada waktu dhuha di dalam negeri Mekah…..pada tahun 1312 Hijrah Saiyid
Walad ‘Adnan….”.
yang sesuai diamalkan selepas sembahyang.
ini juga telah diterbitkan dengan tulisan Rumi, bagi memudahkan generasi
sekarang yang kurang mahir dalam tulisan Jawi. Edisi rumi yang ada dalam simpanan saya adalah edisi yang telah
diusahakan salinan Jawi ke tulisan rumi oleh Ustazah Noraine Abu dan
diterbitkan oleh Al Hidayah House Of Publisher dengan cetakan pertama tahun
2014.
- وشاح الأفراح وإصباح
الفلاح صفحة 0-28 - وشاح الأفراح وإصباح
الفلاح صفحة 29-57 - وشاح الأفراح وإصباح
الفلاح صفحة 58-64





































