
الـغـنـاء و الـمـوسـيـقـى في ضـوء الـقـرآن و الـسـنـّة) merupakan sebuah karya
al-‘Allamah Dr. Muhammad Yusuf al-Qaradhawi (1926-). Dalam kitab ini,
al-Qaradhawi menjelaskan secara terperinci mengenai hukum nyanyian dan muzik
menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Karya
al-Qaradhawi ini
telah diterbitkan dengan cetakan
pertamanya oleh Maktabah
Wahbah di Kaherah, Mesir.
Nashiruddin al-Albani
(1914-1999)[1]
terhadap tulisan beliau mengenai “ nyanyian dan muzik ” dalam kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam[2].
al-Halal wa al Haram ” , Syaikh al-Albani
telah meneliti derajat hadis-hadis yang dimuatkan oleh al-Qaradhawi di dalam
karyanya al-Halal wa al-Haram tersebut. Namun begitu,
Syaikh al-Albani bukan sekadar membuat penelitian terhadap hadis atau rujukan
yang digunakan oleh al-Qaradhawi, malahan telah membuat kritikan terhadap
beberapa pandangan al-Qaradhawi di dalam kitab tersebut[3].
al-Albani adalah pandangan al-Qaradhawi yang membolehkan umat Islam
mendengar nyanyian dan muzik. Berkata Syaikh al-Albani dalam kitab al-Ghayah al-Maram;
kitab itu (maksudnya: al-Qaradhawi) hanyalah
mengulang-ulang pendapat dengan mengutip pandangan Ibn Hazm dan Ibn al-Arabi…
padahal empat imam mazhab sepakat akan keharaman nyanyian dan muzik. Sunnah
yang shahih juga menguatkan akan keharamannya. Oleh kerana itu, tidak
sepatutnya seorang alim yang mulia (maksudnya: al-Qardhawi) melakukan yang
sebaliknya ”.
dari seorang pembaca mengenai kritikan al-Albani tersebut, beliau menyatakan
hasrat beliau untuk membuat satu penyanggahan khusus terhadap al-Albani
mengenai persoalan nyanyian dan muzik tersebut. Kata beliau;
beliau atau menyanggah pendapat beliau, niscaya saya perlu menyusun sebuah
kitab tersendiri yang membahas topik tersebut dengan mendiskusikan dalil-dalil
orang yang memperbolehkan dan yang mengharamkannya, serta memperkuat pendapat
yang saya pandang lebih kuat dan lebih tepat dalilnya. Dan saya akan
melakukannya jika Allah mamberikan kemudahan untuk itu”.[4]
terperinci mengenai hukum nyanyian dan muzik menurut perspektif al-Quran dan
al-Sunnah. Kitab setebal 255 halaman ini, dilengkapi dengan pandangan para sahabat, tabi’in, tabi’ al-tabi’in, dan imam-imam mazhab terhadap nyanyian dan muzik. Pada
bahagian penutup karya beliau ini, al-Qaradhawi menuliskan daftar karya-karya
ulama tentang nyanyian dan muzik, – mulai dari ulama terdahulu sampai ulama
masa kini.
berjaya menjelaskan bagaimana kedudukan sebenar nyanyian dan muzik dalam syariat Islam. Semoga Allah merahmat dan memanjang usianya.
diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh Media Insani, Indonesia dengan judul “ Menempatkan Lagu &
Musik Dalam Timbangan Quran Dan Sunnah ”.
seorang ahli Hadis yang terkenal masa kini, yang menjadi rujukan para ulama
dalam bidang takhrij hadis, khusus mereka yang beraliran Salafiyyah.
maklumat ringkasnya dalam blog ini.
al-Qaradhawi dalam kitab Fatawa al-Mu’ashir-nya; “ Syaikh al-Albani tidak hanya ahli
hadits, hanya mentakhrij hadits dan menetapkan kedudukannya, menshahihkan, dan
melemahkannya, kemudian selesai peranannya. Tetapi, beliau adalah seorang tokoh
yang memiliki banyak pandangan dan fiqihnya yang tersendiri. Hal ini dapat
dilihat dalam takhrij-nya, sehingga mau tidak mau mempengaruhi pendapat beliau
dalam masalah hadits yang di-takhrij-nya itu, seperti komentar beliau terhadap
pendapat penulis yang beliau anggap kuat dan beliau setujui, atau beliau
mengganggap pendapat beliau yang lebih kuat (yang berbeda dengan pendapat
penulis). Misalnya terhadap masalah “nyanyian dengan alat muzik dan tanpa
alat muzik”. Keterlibatan beliau dalam masalah ini lebih dekat kepada
peranan ahli fiqh daripada ahli hadits. Lihat – Fatawa al-Mu’ashir, hal.
107.






































