Dalam ruangan Karya Ulama kali ini saya ingin kongsibersama pembaca mengenai sebuah buku yang baru saya miliki, iaitu sebuah buku
mengenai solat yang berjudul “ Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie ”.
Berikut catatan ringkas mengenai buku ini.
Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie ”, buku ini merupakan terjemahan
bagi sebuah buku berbahasa ‘Arab yang berjudul “ Mawsu’ah al-Shalah
al-Mazhab al-Syafi’i ” (موسوعة الصلاة المذهب الشافعي)[1] . Ia
diterbitkan oleh Jasmin Publication, Selangor, dengan cetakan pertamanya pada
2013. Mengenai pengarang asalnya, dalam buku ini disebutkan dua nama orang
penulis, iaitu Dr Muhammad Zuhaili dan Ahmad Suhaimi Karim. Buku ini
diterjemahkan oleh Tim Penterjemahan Berlian Publications. Ketebalan buku ini
merangkumi 629 halaman tidak termasuk halaman isi kandungannya.
hukum-hakam solat menurut mazhab Syafi’i. Boleh dikatakan perbincangan dalam
buku ini meliputi hampir semua aspek mengenai solat. Kandungan buku ini
meliputi 55 buah tajuk utama.
dengan 55 buah tajuk perbincangannya. Dalam catatan berikutnya saya akan
lampirkan tajuk-tajuknya mengikut bilangan nombor dalam buku ini.
beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum dibincangkan permasalahan hukum
fiqh. Ia didahului dengan tajuk pertamanya mengenai konsep penulisan dan
penyusunan buku ini. Berikut tajuk-tajuknya;
perbahasan mengenai beberapa tajuk dan permasalahan hukum yang berkaitan dengan
taharah (bersuci) dan najis berdasarkan pendapat mazhab Syafi’i. Tajuk-tajuknya
ialah;
Najis
Beristinjak
ini, iaitu mengenai solat dan permaslahannya. Berikut tajuk-tajuknya;
pembaca mengenai kitab asal (edisi Arab) buku terjemahan ini. Sebagaimana yang
diterangkan di atas, berdasarkan maklumat yang disebutkan dalam buku ini, judul
asal kitab ini ialah “ Mawsu’ah al-Shalah al-Mazhab al-Syafi’i ”
(موسوعة الصلاة المذهب
الشافعي). Saya cuba mencari maklumat
mengenai judul kitab ini dari senarai karya-karya Dr. Muhammad al-Zuhaili,
namun mungkin terbatasan maklumat saya belum menemuinya.
al-Hamdulillah, berberapa hari lalu, saya cuba membuatperbandingan isi kandungan buku Ensiklopedia Solat ini dengan
kandungan sebuah karya besar Dr. Muhammad al-Zuhaili yang berjudul al-Mu’tamad
fi al-Fiqh al-Syafi’i (كتاب المعتمد في الفقه الشافعي)[4]. Kitab
ini merupakan sebuah karya besar Dr Muhammad al-Zuhaili mengenai permasalahan
fiqh menurut mazhab Syafi’i, yang diterbitkan dalam 5 jilid[5]. Setelah
saya teliti, memanglah isi kandungan buku ini seratus peratus merupakan terjemahan
bagi bahagian awal kitab al-Mu’tamad[6].
dalam buku Ensiklopedia Solat ini, saya mengandaikan kemungkinan kitab موسوعة الصلاة على المذهب الشافعي tersebut telah diterbitkan secara berasingan oleh pihak penerbitnya
berdasarkan kitab al-Mu’tamad tersebut. Andaian saya ini, saya kira sangat
berasas kerana isi kandungannya dan penulis adalah sama. Mengenai seorang lagi
penyusun kitab موسوعة الصلاة على المذهب الشافعي, iaitu Ahmad Suhaimi
Karim yang digandingkan namanya dengan Dr. Muhammad al-Zuhaili dalam buku
terjemahan ini, kemungkinan beliau adalah pentahkik (pengedit) bagi edisi khas
mengenai solat ini. Wallahu a’lam.
menganjurkan pembaca mendapatkan buku ini sebagai rujukan tambahan mengenai
solat. Semoga bermanfaat.
mengikut tanggapan saya judul asalnya
sepatutnya ialah Mausu’ah al-Shalah ‘ala al-Mazhab al-Syafi’i (موسوعة الصلاة على المذهب الشافعي), iaitu ada
perkataan ‘ala (على) selepas perkataan الصلاة – yang boleh diterjemahkan sebagai
Ensiklopedia Solat Mengikut Mazhab Syafie. Wallahu a’lam.
akhir tajuk ini, penyusun menyebut : “ Berakhirlah hingga di sini
hukum-hukum taharah yang diiktibarkan sebagai mukaddimah solat dan
syarat-syarat baginya, dank ita akan beralih untuk menjelaskan hukum-hukum
solat…..”. (Ensiklopedia Solat, hal.131. Lihat juga kitab al-Mu’tamad fi
al-Fiqh al-Syafi’i, hal. 144)
22, 23 dan 34 mengenai panduan bergambar bagi wuduk, tayammum dan praktik solat
ini, saya beranggapan ia merupakan tajuk tambahan dari pihak penterjemah,
bukannya dari kitab asalnya. Walaupun saya tidak menemui kitab asalnya, saya
yakin dengan andaian saya ini kerana gambar-gambar yang dipaparkan lebih
menonjolkan ciri-ciri penduduk tempatan ( cth-bersongkok, berkain sarung).
ringkas mengenai kitab ini telah saya paparkan
dalam blog ini. Lihat http://abusyahmin.blogspot.com/2013/09/al-mutamad-fi-al-fiqh-al-syafii.html
kitab al-Muktamad ini. Dalam juz pertama ini, dibahagikan kepada 3 bab, iaitu Bab
1 : al-Taharah, Bab 2: al-Shalat dan Bab 3: Ahkam al-Janaiz (Hukum-hukum Solat
jenazah).







































