Kitab Fiqh al-Sunnah merupakan sebuah kitabyang terkenal menjadi rujukan masalah fiqh di kalangan ulama dan umat Islam
pada masa mutakhir ini. Kitab ini adalah hasil karya seorang ulama terkenal
dari Mesir, iaitu al-Syaikh Sayyid Sabiq. Beliau dilahirkan pada tahun 1335/1915
di Mesir dan wafat pada tahun 1420/2000.
al-Banna dalam pengantar cetakan pertamanya, salah satu kelebihan kitab Fiqih
Sunnah ialah paparannya yang mudah dan praktis, disertai dengan kupasan panjang
lebar sehingga sangat sesuai dengan keperluan umat saat ini. Karena itulah,
tidak menghairankan jika kitab ini menjadi salah satu rujukan utama dalam
masalah fiqih di dunia Islam.
Kitab ini telahditerjemahkan ke dalam berbagai bahasa dunia. Terjemahan kitab ini dalam bahasa
Melayu/Indonesia telah diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan dan
mendapat sambutan ramai. Para ulama tempatan telah menjadikan kitab ini sebagai
teks majlis pengajian ilmu mereka.
kitab Fiqh al-Sunnah ini saya paparkan artikel berikut yang diambil dari pautan http://abdurobbihi.blogspot.com/2013/01/antara-kitab-fiqih-sunnah-dan-shahih.html
dengan sedikit perubahan ejaan dan
bahasa.
menulis makalah ringkas tentang fiqh khusus mengenai bab Thaharah di majalah mingguan al-Ikhwan
al-Muslimun. Dalam tulisannya itu, beliau sering mengutip kitab-kitab hadits
ahkam, seperti Subulu al-Salam karya al-Shan’ani (w. 1182 H) yang mensyarah
kitab Bulugh al-Maram karya Ibnu Hajar al-Asqalani (w. 852 H), Nailu al-Authar
karya al-Syaukani syarah Muntaqa al-Akhbar karya Majduddin Ibnu Taymiyyah
al-Jadd (w. 652 H). Sampai akhirnya kegiatan menulis fiqh itu beliau teruskan menjadi sebuah buku.
sekitar tahun 1949 M, dan pada muqaddimahnya diberi sambutan oleh pemimpin al-Ikhwan
al-Muslimun, Syeikh Hasan al-Banna (w. 1949 H).
jenazah dan hal-hal yang berkaitan dengannya, haji, hingga masalah pernikahan.
fiqh yang berkaitan dengan pernikahan (wali dan kedudukannya, hak dan kewajiban
suami-istri, nafkah, akad nikah, walimah, dan sebagainya), serta berbagai hal
yang berkaitan dengan hudud/hukuman.
kitab Fiqh al-Sunnah. Jilid terakhir ini mengupas mengenai jihad, perang,
jizyah, ghanimah, kafarat sumpah, hukum jual-beli, riba, pinjaman, gadai,
mudharabah, dan hutang.
ar-Riba wa al-Badil, al-Aqaid al-Islamiyyah, Islamuna.
menjelaskan keuniversal ajaran Islam.Kemudian beliau juga menjelaskan sejarah
tasyri’ hukum islam secara ringkas. Kemudian baru beliau memulai kitabnya dari
bab Thaharah.
hukum fiqhnya terlebih dahulu, baru kemudian beliau kuatkan dengan dalilnya baik
dari al-Qur’an maupun dari al-Sunnah. Seperti dalam bab Thaharah, Sayyid Sabiq
sebutkan macam-macam air, setelah itu beliau sebutkan dalil naqlinya.
dan menyebutkan ikhtilaf di antara para Ulama’ pada hal-hal yang memang perlu
disebutkan saja. Tujuan beliau adalah mempermudah bagi para pembaca untuk
memahami kitabnya. Kitab beliau ini juga tidak terikat kepada satu mazhab
tertentu.
karena memang masing-masing ulama berijtihad yang sangat mungkin hasil Ijtihad
itu berbeza satu sama lain. Kitab yang mengkritik kitab Fiqh al-Sunnah adalah
kitab “Tamamu al-Minnah fi al-Ta’liq ‘ala Fiqhi al-Sunnah” karya Muhammad Nashiruddin al-Albani (w. 1999 M).
menjadi dua tema besar:
berasal dari buku para ulama terdahulu. Sayyid Sabiq tidak men-tahqiq atau
memilahnya lebih jauh, karena berprinsip pada kaidah “Setiap ilmu yang diambil
dari ahlinya bisa diterima”. Sebagai contoh Syaikh al-Albani berbeza pendapat
dengan Syaikh Sayyid Sabiq dalam hadits tentang kewajiban zakat perdagangan.
Menurut Syaikh al-Albani hadits tersebut dhaif.
keduanya. Syaikh Al-Albani cenderung mengikuti makna tersurat (zhahir al-nash)
dari teks hukum, sedangkan Syaikh Sayyid Sabiq lebih dekat pada maqashid nash
(tujuan makna nash -red). Syaikh al -Albani tidak segan berbeza pendapat dengan
jumhur ulama terdahulu, seperti dalam pengharaman emas bagi wanita, sedangkan
Syaikh Sayyid Sabiq biasanya menghormati pendapat jumhur ulama.Mengkritik hasil
karya ulama lain bukanlah hal baru dalam dunia Islam.
Kitab Tamam al-Minnah ini boleh dimuat turun di pautan berikut:






































