Cerita pagi semalam – hari Ahad, 20 Ogos 2023.
Awal pagi lagi saya dan Encik Suami dah bergerak menuju ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Tujuannya hanya nak JJCM (jalan-jalan cari makan) di sana. Destinasi kami – Nasi Lemak Nooraz. Jarak perjalanan dari rumah ke lokasi tujuan sekitar 43 km. Sambil jalan-jalan cari makan sarapan, dapatlah juga kami melihat-lihat suasana di tempat orang.
Imbas kembali – sekitar 13 tahun lalu sewaktu kami menetap di Klang, kami kerap menginap di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas atas urusan kerja Encik Suami. Ketika itu Kepala Batas kelihatan biasa-biasa saja. Hari ini, Kepala Batas berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang maju dan tersusun.
Berbalik kepada cerita kedai Nasi Lemak Nooraz. Kami tiba di sini sekitar pukul 8.10 pagi. Dari jauh kelihatan pengunjung berbaris panjang di suatu sudut dalam kedai. Ooh…konsepnya seperti kedai Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru. Kedai ini hanya menjual nasi lemak dengan beraneka pilihan lauk. Pelanggan perlu beratur bagi membeli nasi lemak dan memilih lauk.
Foto sebahagian daripada aneka lauk yang dijual. Rambang mata saya nak memilih. Rendang ayam pun suka, paru goreng pun nak, telur goreng macam wajib ada dengan nasi lemak. Haa…gitulah susahnya nak memilih. Kena atur strategi, saya pilih dua jenis lauk dan Encik Suami pilih dua jenis lauk berbeza. Nanti kita kongsilah, bolehlah merasa macam-macam lauk kan 😀
Suasana dalam kedai. Elok kedainya luas, teratur dan nampak bersih. Memang selesa.
Inilah nasi lemak dan lauk pilihan kami – telur goreng, ayam goreng berempah, bergedel dan paru goreng. Alhamdulillah, semuanya sedap menepati selera kami. Terutamanya paru goreng tu, rangup di luar lembut di dalam. Sedap sungguh!
Cuma saya rasa kurang seronok menikmati hidangan yang beralaskan kertas pembungkus begini. Kalau kita beli bungkus tu lain cerita ya. Ni kita makan di kedai makan yang elok. Tak taulah mungkin kawasan ini sedang ada masalah catuan air atau apa, terpaksa guna kertas pembungkus. Apa pun, ini cuma hal kecil yang tak menjejaskan rasa makanan.
Bagus kedai ni senaraikan dengan jelas harga setiap jenis lauk. Menurut kami, harga yang dikenakan berpatutan dan boleh dikatakan murah jugaklah dengan rasa makanan yang sedap, servis bagus dan ruang makan yang selesa.
Bagi peminat nasi lemak, bolehlah mencuba Nasi Lemak Nooraz di Kepala Batas ni. Boleh buat carian di aplikasi Google Maps – Nasi Lemak Nooraz.
—————————————————————
Dalam perjalanan balik, saya sempat memotret foto sawah padi yang sedang menguning. Hanya mampu memotret dari kejauhan, itu pun dah cukup seronok dapat memandang sawah terbentang luas.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.