“Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka,
pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan
iblis”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah :
1.Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.
2.Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.
3.Digalakkan oran yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan
dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang
berganda-ganda.









