Jumaat, 22 Rabiulawal 1440H: Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi
rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika
meminta haknya”.
(Hadith Sahih Riwayat Al-Bukhari)
Huraian Hadith:
1.Allah memberi rahmat kepada mereka yang suka bertolak-ansur dalam semua perkara terutama dalam berjual beli.
2.Berlemah lembut, bermanis muka dan berlebih kurang semasa menagih hutang adalah antara sifat yang dipuji oleh Islam.
Terkait