ADVERTISEMENT
Selasa, 8 Safar 1440H; Dari Thalhah ra, katanya: “Pada suatu ketika. kami sedang duduk-duduk dan bercakap-cakap di jalanan.
Rasulullah saw. mendatangi kami seraya bersabda: “Apa kerja kalian duduk-duduk di jalanan? Jauhilah duduk-duduk di jalanan!”
Jawab kami. “Kami hanya sekadar duduk-duduk dan bercakap-cakap.”
Sabda beliau. “Kalau begitu, bayar hak jalanan. Iaitu pejamkan mata. jawab salam dan berbicaralah yang berguna (baik)!”
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2022.









