ADVERTISEMENT
Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Beberapa bulan lepas, ika ada spent sikit duit untuk beli beberapa buku random. Antaranya ialah Homestay (Kembara Mistik) dari penerbit Fajar Pakeer. Sebenarnya, ada ternampak post dari Kak Kasihku Amani mengenai buku ni. So, buku ni ada dalam wishlist la. Kebetulan masa singgah kedai buku tu, memang ada bukunya. Dengan harga RM10. Kalian dapat baca 3 cerita seram pendek dari 3 penulis yang tidak asing lagi iatu Eb Reeza, Maria Kajiwa & Rhea.
Buku ini mempunyai 150 muka surat. Nipis. Cover buku boleh dipuji. Masih dalam kategori ‘eye catching”.
Buku ini mempunyai 150 muka surat. Nipis. Cover buku boleh dipuji. Masih dalam kategori ‘eye catching”.

Honeymoon // Eb Reeza
Mungkin ini hanyalah cerita pendek. Jadinya, idea penulis kelihatan lebih baik berbanding dengan novel beliau yang lain.
Mengisahkan tentang Ryana & Ahshroff yang ingin pergi honeymoon di sebuah homestay bernama Kubu Homestay. Hadiah perkahwinan dari kawan Ashroff. Akan tetapi, setibanya mereka di homestay tersebut. Banyak kejadian pelik dan misteri terjadi. Lagi-lagi bila pekerja di homestay Kubu Homestay boleh dikatakan sombong, tidak mesra alam & menakutkan. Tambahan pula, peringatan untuk tidak keluar selepas jam 10 malam sangat mencurigakan bagi mereka berdua.
Dah namanya bulan madu. Takkan nak kena berkurung pulak. Jadinya, Ryana & Ashroff ingkar dengan arahan bellboy. Dan mereka diburu di homestay tersebut. Ending not bad. I don’t mind at all dengan ending macamtu. Ending semua bersangkut paut dengan watak utama dan diceritakan secara jelas mengapa mereka diburu di sana.
Cuma kesian dekat Ryana & Ashroff. Mereka menjadi mangsa keadaan mungkin? Atau karma?
Homestay Putih Nian // Maria Kajiwa
Cerita kedua masih boleh diterima dek akal. Logik. Sebab bersangkut paut dengan makhlus halus. Lagipun, benda macam ni terjadi dalam kehidupan kita. Nak disangkal tidak boleh. Penulis menulis cerita “realiti”. Mak Putih adalah penambah cerita.
Pengajarannya tetap satu. Jangan menyekutukan Allah. Tak kira la pertaruhannya adalah kemewahan sekalipun.
Rahsia // Rhea
Mengisahkan tentang suami yang ingin menebus kesilapan terhadao isterinya gara-gara kesalahan dia mencurangi isterinya. Bagi menebus kesalahan. Dia minta peluang kedua dari isterinya.
Hisyam telah menyewa homestay dari Riezal untuk luangkan masa bersama isteri dan 2 orang anaknya. Akan tetapi, terang-terangan bila sampai di homestay tersebut. Macam-macam kejadian aneh berlaku. Anak-anak mereka ada kawan baru, budak perempuan di kawasan air terjun, hanya ada sebuah homestay di situ. Menarik. And ilmu hitam ini tidak lari dari orang yang sememangnya mempunyai niat jahat dan hati busuk. Minta dijauhkan.





