Mengisahkan tentang, Kim Bong Jun merupakan pelukis komik online yang struggle untuk memberikan yang terbaik dalam komiknya. Akan tetapi, komik yang diletakkan secara online tersebut, selalu menerima kecaman pembaca. Kerana komiknya sangat membosankan dan dikatakan sebagai ‘sampah’. Di sampingnya juga, isterinya yang pemabuk, Mina berusaha untuk melangsaikan hutang Kim Bong Jun & anaknya Ga Young yang mempunyai minat terhadap muzik rap.
Atas cadangan anaknya, Ga Young memberi idea kepada ayahnya kenapa tidak ayahnya melukis sesuatu yang lebih real dan berkenaan kisah ayahnya sendiri. Mungkin komik online ayahnya akan diterima ramai.
Adakah Kim Bong Jun ikut cakap anak dia? Kena tengok movie ni geng.
Secara peribadi, untuk orang yang tidak mengemari sangat action movie. Ika rasa movie ini best. Ditambah pula dengan scene-scene kelakar. Tak rasa pressure sangat kepala nak layan action. Siapa yang tak kenal main character dalam cerita ni?. Watak Kim Bong Jun yang dilakonkan oleh Kwon Sang Woo menjadi sangat dalam movie ni. Dua karakter yang dibawa oleh dia iaitu menjadi seorang pelukis komik yang sendu & kelakar. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat sisi lain dia ketika dia menjadi hitman agent. Sangat berkarisma, pandai berlawan, ganas dll.
Storyline menarik dan fast pacing. Rasanya, ika tak sempat nak rasa mengantuk sebab jalan cerita bergerak cepat. Lepas satu kejadian, jadinya lagi kejadian lain. Jadi, mata kita akan stay je depan laptop. Munculnya watak tambahan lain menaikan lagi mood kita. Tak berhenti gelak masa tengok. Ada unexpected scene. Nice.
Setelah lama menyepikan diri, Kim Bong Jun bertemu dengan rakan sekerjanya dulu. Dan menjadi lagi huru hara sebab mereka berjumpa dalam keadaan yang tidak bersedia dan dia dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh mereka walaupun keadaan yang sebenar bukanlah seperti yang disangkakan mereka. Pekerjaanya dulu ialah P&C. Maka, rakan sekerjanya dulu mengatakan dia pembelot sebab dia reveal semua identiti di komiknya. At the same time, dia juga berdepan dengan musuh yang sudah lama ingin membalas dendam kepadanya.
Kerana itu, mereka semua saling mencari antara satu sama lain. Dan macam-macam kejadian yang berlaku! Best. Ika rekomen untuk korang yang nak kan movie action comedy yang santai. Boleh layan dengan family juga. Takut nak cerita lebih sebab takut jadi spoiler. So, selamat menonton kalian.
Tak sangka, komik onlinenya menjadi real & viral!
5/5!