![]() |
| Source: Picture by myself. |
Bahasa: Mixed Language (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
Dengkil Perform merupakan hasil karya gabungan pelajar-pelajar UITM Dengkil. Ini ibarat seperti luahan hati setiap seorang dari mereka semua yang akan meninggalkan kampus tersebut. Mereka semua mengekspresikan apa yang di dalam hati dengan fikiran dengan menulis. Senang kata macam majalah sekolah tapi ini majalah sekolah versi bebas. Sebab terselit juga lukisan.
Disini, kita akan lihat kreativiti dari mereka. Perasaan mereka bila mereka dah habis belajar, tinggalkan kolej, kenangan, kawan-kawan dan dll. To be honest, bila baca rasa macam nak jadi student balik. Sebab seronok bila kita dikelilingi dengan kawan-kawan dan perkara-perkara yang best masa kolej. Cuma ika nak pergi kolej untuk spent time dengan kawan la bukan untuk belajar haha boleh macamtu tak?
![]() |
| Ini selingan dari Dengkil Perform (Prose) |

![]() |
| Favourite <3 3=”” td=””>3> |
Ika sangat enjoy bila belek bahagian painting dan ika percaya semua orang mempunyai kreativiti tersendiri. Kalau mereka ini datang dari bidang yang berlainan, lagi membuatkan ika lebih kagum dengan bakat yang mereka ada. Kerana bukan semua orang boleh melukis. Dan bukan semua orang juga boleh menulis seperti mereka. Kalau disuruh saya menulis, 1 perenggan pun belum tentu saya mampu.
Mungkin akan datang untuk penambahbaikan, di belakang buku sediakan blurb ringkas menceritakan buku Dengkil Perform ini mengenai apa. Dan highlight kan ianya nukilan /karya dari pelajar dari UITM Dengkil itu sendiri.
Disini, ika nak attached sekali soalan yang ika tanya kepada Wow Press berkenaan DP. Semoga kalian lebih mengetahui mengenai buku DP ini dengan lebih jelas. Ika tanya 5 soalan dan pihak Wow Press ada baca soalan ika mengenai mengapakah mereka ini trending di twitter. Maka, total semua soalan ialah 6.



Kalau korang nak dapatkan buku DP ini sila ke instagram Wow Press dan dm mereka. Dan kepada pelajar UITM Dengkil yang pernah menulis di dalam buku ini atau pernah berlajar di sana. Kalau korang terbaca review buku ika ni. Sila komen dibawah ya. 🙂 Share la pengalaman korang semua masa di sana.








