ADVERTISEMENT
Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Sebelum ika berjinak jinak baca novel seram. Ika sebenarnya pengumpul tegar novel cinta. Sebab tu, no wonder novel cinta lebih banyak dari novel yang lain. Tak ramai parents yang suka anak dia baca novel cinta, sebab ada sesetengah yang berpendapat yang novel cinta ni sesuai dibaca bila dah habis sekolah.
Big reason is parents rasa anak depa akan mula berangan dan hanyut dibuai perasaan manisnya scene scene dlm novel sampai abaikan pelajaran.
Bagi ika, ika rasa tak salah pun nak baca.Ramai je budak sekolah sekarang yang baca novel cinta tetap sukses dlm pelajaran. Apa pun, semuanya atas individu yang baca tu sendiri mcm mana dia nak handle haha.
Kau Sayangku by Bikash ni novel cinta pertama ika beli masa darjah 6. And yes. Ika sayang sangat novel ni sebab novel ni best and novel ni ada sentimental value dia tersendiri. Nampak dah lunyai kan? Haha. Sebab selalu repeat baca.


MY REVIEW
AUTHOR: BIKASH NUR IDRIS
PAGE: 418 PAGES
PUBLISHER: ALAF 21
YEAR: 2005
PRICE: RM 17
“JIKA RINDU ITU BEBUNGA CINTA, AIR MATA ITU PULA ADALAH EMBUN DI KELOPAKNYA”
Cerita cinta fav ika. Cuma tak lari dari “klise” punya novel cinta which is watak hero mesti anak orang berada dan heroin gadis serba sederhana. Tapi apa pun, kalau dah nama minat tu. Tetap jugak membaca. Sebab during that time masa ika baca, zaman tu memang sangat la trend gila novel cinta sebegini rupa.
Ika suka sebab jalan cerita dia lain sikit. Macam mana Arisa Nurailiz ni menipu yang dia ada tunang nama “Akif Zamani”. Padahal, dia takda tunang pun. Dia menipu sebab nak elak kena ganggu dengan Eddy Sham. Haha.
Alih alih, penipuan dia tu jadi real pulak sebab ada lelaki merangkap boss dia nama Akif Zamani. Arisa punya terkejut tu mcm haha tak sangka nama dia main petik je betul betul wujud. Ish. Nak dijadikan cerita, ika suka keletah comel Akif & Arisa. Banyak sangat scene scene manis yang memang boleh buat tersengih mcm kerang busuk.
Sampai pernah la ada angan angan, kalau ada anak nak letak nama Arisa Nurailiz. Sedap nama. I like 😍
Well, Bikash berjaya cipta watak jahat dalam novel ni which is Marina & anaknya. Sangat jahat okay. Geram gila. Sebab fyi, Arisa ni ada kembar nama Ayana. Tapi, sebab dendam mak sedara (Marina). Ayana ni meninggal. And also, Marina & mak Arisa Ayana kembar. Banyak konflik. Marina ni sampai sanggup buat apa sahaja as long as dia dan family dia dapat apa yang sepatutnya.
Ika recommend novel ni untuk sesiapa yang suka cerita manis manis potong kaki. Boleh menyelam ke dalam percintaan Akif & Arisa. Apa end up depa dua. Tunang ke? Kahwin ke? Hilang ingatan ke? Ha. kena baca.
🌟🌟🌟and a half.
InsyAllah. Jumpa lagi in next entry okay? 🙂
LOVE IS LIKE A PIANO. AT FIRST YOU LEARN TO PLAY IT BY THE RULES. THE YOU FORGET THE RULES, AND PLAY IT WITH YOUR HEART, LIKE WHAT I’M DOING RIGHT NOW BECAUSE MY LIFE WOULDN’T RHYME WITHOUT YOU
PS: Semua gambar novel untuk book review adalah novel sendiri dan bukan lah dari sumber google. Edit pun sendiri. Harap maklum.














