al-Mujtahidin (إرشاد المهتدين إلى نصرة المجتهدين) merupakan
sebuah karya al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuthi (849-911H) dalam
bidang usul fiqh yang membincangkn berkaitan dengan konsep ijtihad.
Kitab al-Irsyad ini sebenarnya merupakan sebuahkitab ringkasan (mukhtashar) yang disusun kembali oleh al-Hafiz al-Suyuthi dari
kitab karya beliau yang berjudul “ al-Rad
‘ala man Akhlada ila al-Ardh wa Jahala an al-Ijtihad fi Kulli ‘Ashr Fardh ”
(الرد على من أخلد إلى
الأرض وجهل أن الاجتهاد في كل عصر فرض).
kitab ini al-Suyuthi telah memperuntukkan 3 bab yang membincangkan tiga masalah penting yang
berkaitan dengan ijtihad. Ia yang dinyatakan oleh al-Suyuthi dalam bentuk persoalan,
iaitu;
- Adakah amalan ijtihad masih
berlaku sekarang atau tidak ? - Adakah
Mujtahid Mutlak itu sama
dengan dengan Mujtahid Mustaqil ? atau
ada perbezaan antara kedua-duanya?. - Adakah setiap Mujtahid itu perlu
mengetuai institusi pendidikan mazhab, contohnya mazhab al-Syafi’i ?.
al-Hafiz
al-Suyuthi memulakan kitab beliau ini dengan ungkapan;
اصطفى، وبعد: فقد وقع الكلام الآن في ثلاثة مسائل متعلقة بالاجتهاد…
dalam penutupnya, al-Suyuthi ada menyatakan;
على الانفراد فلله الحمد والمنة… ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم وافاض
علينا بفيضه العميم انه جواد كريم
diakhiri dengan ungkapan;
تاسع عشر شهر جمادى الأول من شهور سنة أربعين وألف من الهجرة النبوية على صاحبها
أفضل الصلاة والسلام
Semoga bermanfaat.






































