Khamis, 24 Muharram 1440H; Dari Ibnu Umar r.a., katanya: “Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi saw. ketika beliau sedang di atas mimbar,
“Bagaimana caranya solat malam?”
Nabi menjawab, “solat malam dua-dua rakaat, dan bila khuatir subuh
datang, maka solatlah satu rakaat, bererti anda telah witir untuk setiap
rakaat yang telah anda perbuat.”
Ibnu Umar mengatakan, “
Buatlah solatmu yang akhir di waktu malam ganjil (witir) rakaatnya, kerana Nabi saw. menyuruh begitu.” Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0281.