Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Harini, ika nak share satu produk tempatan khusus buat mereka yang masih tercari-cari produk apakah yang sesuai untuk membunuh serangga dengan berkesan. Memperkenalkan PEST KILLA , “FROM GREEN TO ANTI-PEST”. Kalau sebelum ini, kita selalu guna penyembur nyamuk untuk membunuh semua serangga, apa salahnya kalau kita spent duit kita untuk beli PEST KILLA ini yang nyata-nyata bertujuan untuk membunuh semua serangga.
Secara tidak sengaja, kita juga turut support produk local. Siapa lagi nak support produk local kalau bukan kita. Yang paling penting nak cari produk yang eco friendly sekarang bukan senang ya. Memandangkan, produk ini boleh didapati di dalam talian online (Shoppe). ianya akan lebih senang buat kita yang suka membeli barang. Wah semuanya boleh dibeli dihujung jari!. Jom kita baca serba sedikit info mengenai PEST KILLA ini.
Mengambil idea daripada kaedah Orang Asli menghalau serangga menggunakan pokok tuba, penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencipta racun serangga mesra pengguna dikenali sebagai Pest Killa.
Ketua Projek Penyelidikan Pest Killa, Dr Abdul Syukor Abd Razak, berkata pihaknya menjalankan kajian selama 2 tahun untuk mengenal pasti potensi pokok tuba (derris elliptica) menjadi bahan utama dalam penghasilan racun serangga.
Beliau berkata, kajian itu membabitkan ujian terhadap lipas, semut, lalat dan cicak sahaja tetapi produk berkenaan kini boleh digunakan untuk menghalau pelbagai jenis serangga, termasuk nyamuk dan lipas.
“Kami memulakan kajian pada 2013 dan mendapati pokok tuba mempunyai potensi sebagai agen menghalau serangga”. Namun jika digunakan secara lansung, ia akan memberi kesa sampingan kepada pengguna.
“Oleh itu, kami mengambil keputusan menghasilkan racun berkenaan dalam bentuk cecair semburan yang mesra pengguna, malah berbau wangi dan tidak menyesakkan pernafasan”