akhlak terpuji

Adab Bersilaturrahim


Antara adab dalam bersilaturrahim ialah

silaturrahim
Bertegur sapa salah satu
cara mengeratkan
silaturrahim
  • Ikhlas

-Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturrahim.Janganlah bersilaturrahim kerana tujuan riyak dan sum’ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.

  • Mengharap Pahala

-Hendaklah bersilaturrahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.

  • Memulai yang Terdekat

-Semakin dekat hubungan tali persaudaraan ,maka semakin wajib kita menyambungnya.Rasulullah s.a.w pernah ditanya soalan :”Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?” Nabi mengatakan : “Ibumu,ibumu,ibumu,kemudian ayahmu,kemudian yang paling dekat denganmu,yang paling dekat denganmu.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Dahulukan Orang yang Paling Bertaqwa

-Semakin bertakwa seseorang kepada Allah s.w.t ,maka semakin besar pula haknya,juga semakin bertambah pahala bersilaturrahim dengannya.Walau bagaimanapun,bersilaturrahim itu juga dianjurkan dengan orang kafir,khususnya apabila mengajaknya kepada Islam.

  • Mencari-cari Kerabat yang Jauh
-Nabi s.a.w bersabda yag bermaksud :”Pelajarilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung silaturrahim.Sebab,menyambung silaturrahim dapat mendatangkan kaih sayang dalam keluarga,mendatangkan harta dan memanjangkan umur.”(Riwayat at-Tirmizi)
  • Terus Menyambung Silaturrahim dengan Orang yang Memutusnya
-Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik,maka tiba-tiba akan ada orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan,seolah-olah telah menjadi teman yang setia.(surah Fussilat 41:34)
  • Sedekah
-Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :”Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala,sedangkan sedekah kepada saudara ada dua pahala,iaitu pahala bersedekah dan bersilaturrahim.”(Riwayat al-Nasa’i)
  • Nasihat
-Memberikan nasihat dan amar makruf nahi mungkar kepada keluarga merupakan cara bersilaturrahim yang paling baik.Allah berfirman yang bermaksud:”Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.”(surah al-Syu’araa 26:214)
  • Komunikasi Berterusan
-Seseorang hendaklah meneruskan dan melazimkan kunjungan ke rumah saudara dan rakan-rakan.Jika tidak mampu ,hendaklah dia menghubungkan dengan telefon.Jika tidak memiliki telefon,maka boleh menulis surat,e-mel atau sebagainya.Sebab komunikasi tersebut dapat mempererat hubungan dan menumbuhkan kasih sayang kerana saling mengingati.

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top