
Dalam hal kesihatan diri, biasanya untuk mengetahui statusnya kita akan pergi mendapatkan pakar kesihatan yang berwibawa. Kita tidak pergi ke pasar malam dan tanya kat nyonya yang jual sayur tentang masalah kesihatan kita. Maka begitulah juga dengan masalah agama yang bersangkutan dengan ayat al-Quran, hadits, pegangan, hukum-hakam dan sebagainya, kita hendaklah merujuk kepada para ahli agama yang mahir dalam bidangnya. Oleh itu, jka ada masalah tentang hadits, janganlah ditanyakan kepada ahli psikologi, apatah lagi dengan “budak” psikologi. Dan jika dalam sesuatu masalah itu para ulama yang mahir berbeza pendapat, maka kita berlapang dadalah dengan perbezaan pendapat tersebut. Sesiapa yang nak ikut Syaikh Yusuf al-Qardhawi hafizahullah yang menafikan “Nur Muhammad” maka itu hak dia, namun perlulah diketahui bahawa ulama itu bukan hanya Syaikh Yusuf al-Qardhawi sahaja.
Oleh itu jangan bersikap keras menentang pendapat yang tidak sealiran dengan pegangan kita, apatah lagi jika buah butir sanggahan kita tadi hanyalah bersandarkan kepada pendapat mereka yang bukan ahli dalam bidangnya. Sesiapa yang tiidak mensabitkan “Nur Muhammad“, janganlah laser sangat menghentam pihak yang mengakuinya kewujudannya. Ingat yang kamu hentam tu bukan seorang dua, tetapi ramai dan terdiri daripada para ulama yang muktabar zaman berzaman. Sanggupkah kamu hendak menyesatkan mereka ? Kalau sanggup maka pasti ada yang ngak beres dalam dirimu !!!!! Moga Allah memberikan kamu hidayah.

Tuan Syaikh Nuruddin al-Banjari hafizahullah, seorang ulama yang terkenal, dalam karya beliau “al-Mujarrabat al-Makkiyyah” pada halaman 106 menyatakan, antara lain, bahawa pertautan atau hubungan Junjungan Rasulullah SAW dengan segala kewujudan ini tidak pernah terputus walaupun sedetik. Ini adalah kerana Junjungan Nabi SAW adalah asal bagi segala yang makhluk yang wujud, baginda adalah quthub segala makhluk yang wujud (yakni bagindalah Sangga Buana / Pasak Alam bagi segala kewujudan ciptaan Allah SWT), baginda juga menjadi sebab bagi segala ciptaan yang wujud. Kerana baginda adalah seawal-awal makhluk yang diciptakan Allah dan daripada nur bagindalah diciptakan segala langit, bumi, `arasy, kursiy dan sekalian makhluk. Maka bagaimanakah boleh hilang hubungan baginda dengan segala kejadian walau sesaat?”
Makanya takkan kita ni bodoh sangat tak reti-reti bahawa persoalan “Nur Muhammad” dengan penafsiran yang selari dengan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah persoalan khilafiyyah. Jika kamu kata Syaikh Yusuf al-Qardhawi atau Juanda Jaya kata “Nur Muhammad” ni tak dak atau bertentangan dengan logika. Maka ketahuilah bahawa ilmu itu tidak hanya dimuktamadkan atas mereka berdua sahaja, kerana di sana ramai lagi ulama yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka. Oleh itu terpulanglah kepada kita untuk bersetuju dengan mana-mana pihak, kerana ianya masih dalam ruang lingkup khilafiyyah. Kenapa masih perlu kita nak memperlekehkan pandangan jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang menerima dengan baik akan konsep Nur Muhammad sebagai seawal-awal makhluk ?











