Menurut ulama Syafi`iyyah, sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW adalah salah satu dari rukun dalam kedua-dua khutbah shalat Jumaat. Namun ada terjadi di mana sesetengah khatib tidak begitu memberi perhatian kepada rukun ini, sehingga kekadang ianya ditinggalkan atau shighah yang digunakan tidak tepat bagi melepaskan tuntutan rukun tersebut. Ramai juga yang keliru sehingga beranggapan bahawa ucapan syahadatain sebagai rukun dan bukannya sholawat. Perlu diingat bahawa khutbah walaupun sepanas mana, walau berapi-api berisikan kupasan isu semasa, jika rukun-rukunnya tidak dilaksanakan akan menyebabkan ianya tidak sah, dan jika khutbah tidak sah, maka tidak sah pula sholat Jumaat tersebut. Sesungguhnya khutbah Jumaat itu tidaklah seperti ceramah-ceramah biasa, ianya adalah salah satu ibadah yang besar yang menjadi syarat bagi sah atau tidak sembahyang jumaat yang didirikan. Bahkan mimbar tempat tuan khatib menyampaikan khutbah turut dimuliakan bahkan dijadikan sebagai taghlidhz dalam sesuatu sumpah. Oleh itu, hendaklah diberikan perhatian sewajarnya berhubung segala rukun khutbah tersebut agar amal ibadah kita sah dan diterima Allah SWT.Menurut fuqaha` kita, ucapan sholawat yang memadai untuk menunaikan rukun khutbah hendaklah:-
- Menggunakan ucapan sholawat, samada dalam bentuk mashdarnya yakni ” الصلاة ” atau musytaqnya seperti ” صلى “atau ” صل ” atau ” اصلى ” atau ” نصلى ” dan sebagainya;
- Menggunakan nama atau gelaran Junjungan Nabi SAW yang shorih (jelas) dan bukan hanya dirujuk dengan dhomir (gantinama) sahaja, walaupun sebelumnya disebut akan nama Junjungan SAW;
- Ianya hendaklah diucapkan dalam bahasa ‘Arab.

……(Dan lafaz keduanya) iaitu lafaz hamdallah dan sholawat ke atas Rasulillah SAW (adalah dengan lafaz yang tertentu) kerana menurut apa yang telah diamalkan orang semenjak masa Junjungan Nabi SAW sehinggalah ke hari ini. Maka tidaklah memadai tsana` (ucapan sanjungan selain tahmid) atau ucapan syukur; dan tidak juga memadai ucapan tahmid yang menggunakan nama selain daripada lafzul jalalah “ALLAH” seperti diucapkannya “al-hamdulir Rahman” atau “al-hamdulir Rahim“. Dan tidak memadai ucapan yang tidak menggunakan ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW seperti dikatakannya “rahimaAllahu Rasulillah” atau “barakAllahu `alaih“, dan tidak memadai bersholawat kepada selain Junjungan Nabi SAW seperti dikatakan “shallAllahu `ala Jibril“, DAN TIDAK MEMADAI SHOLAWAT YANG MERUJUK KEPADA JUNJUNGAN NABI SAW DENGAN ISM DHOMIR SEPERTI “SHALLALLAHU `ALAIH” WALAUPUN DIDAHULUI DENGAN MENYEBUT NAMA BAGINDA ….




































![[Lirik+Terjemahan] Kana Nishino – No.1 (Nomor Satu)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/KanaNishinoNo1.jpg?fit=400%2C400&ssl=1)
