
kini, al-‘Allamah Prof. Dr Muhammad Yusuf bin Abdullah al-Qaradhawi (1926-) atau terkenal
dengan panggilan Dr. Yusuf Qaradhawi. Ketokohan beliau dalam keilmuan Islam
sangat dikagumi oleh kebanyakan intelektual Islam di seluruh dunia. Mereka yang
mengkaguminya memberikannya julukan al-Imam, al-Mujtahid al-Ashr,
al-‘Allamah, al-Faqih al-Kabir dan sebagainya.
terkenal ini merupakan antara karya terawal Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Cetakan
pertamanya bermula pada tahun 1960 dan edisi Arabnya telah dicetak berulang
kali melebihi 40 kali cetakan. Kitab ini
telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa dunia. Ia telah menjadikan rujukan
berbagai lapisan masyarakat dalam perkara halal dan haram yang berhubungkait
dengan kehidupan mereka. Walaupun, wujud berbagai tanggapan, kritikan dan
penilaian semula[1]
oleh para ulama terhadap isi kandungan karya ini, namun ia tidak dapat menolak pengaruh dan kepentingannya sebagai
antara sumber rujukan umat Islam, sama ada diperingkat ulama, pelajar maupun
masyarakat awamnya.
kitab ini…
didahului – sebuah pendahuluan oleh Dr.
Yusuf al-Qaradhawi, yang menerangkan mengenai kepentingan mengetahui konsep
halal dan haram mengikut perspektif
Islam. Beliau juga menerangkan kaedah penulisan beliau – ketika
membincangkan permasalahan fiqh yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab yang
berkembang dalam masyarakat Islam sekarang. Di mana, beliau lebih condong
kepada metod ijtihad dan tarjih dalam mengeluarkan sesuatu hukum syarak.
dicatatkan secara ringkas kandungan kitab al-Halal wa al-Haram;
Prinsip-prinsip Islam Berkenaan Halal dan Haram
Kehidupan Berkeluarga
sub-sub tajuk. Buku ini membicarakan keseluruhan berkenaan halal dan haram
dalam segenap aspek kehidupan seperti makanan, minuman, pakaian, hubungan
suami-isteri dan lain-lain.
kitab ini dalam bahasa Melayu…
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu / Indonesia oleh beberapa penerbit,
antaranya;
Dan Haram Dalam Islam. Terbitan Darul Syakir
Enterprise pada tahun 2010,
berdasarkan naskhah terjemahan Dr Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri.
Dan Haram Dalam Perspektif Islam. Terbitan Perniagaan
Jahabersa, Johor Bahru – Cetakan pertamanya pada tahun 2007 dengan
ketebalan 287 halaman. Manakala pada cetakan tahun 2009, ketebalannya
merangkumi 309 halaman. Buku ini diterjemahkan oleh Abu Jabir Muhammad.
dan Haram Dalam Pandangan Islam. Terbitan PT. Bina Ilmu, Surabaya – dengan cetakan
pertamanya pada tahun 1976. Buku ini diterjemahkan oleh H. Mu’ammal
Hamidy. Sebagai perkongsian maklumat, buku terjemahan yang diterbitkan
pada tahun 2009, boleh dibaca secara online di pautan: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/
.
dan Haram Dalam Islam. Terbitan Robbani Press, Jakarta pada tahun
2000, dengan ketebalan 417 halaman. Edisi terjemahan ini merupakan antara
terjemahan terlengkap kitab al-Halal wa al-Haram. Ia dilengkapi
dengan takhrij hadits oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani,
iaitu yang diambil dari buku karya
al-Albani yang berjudul Ghayah al-Maram fi Takhrij Ahadits al-Halal wa
al-Haram. Di samping itu, dalam buku ini juga dilampirkan tanggapan
atau jawapan Dr Yusuf al-Qaradhawi terhadap kritikan al-Albani terhadap
buku beliau tersebut.
dan Haram Dalam Islam. Terbitan Pustaka Islamiyyah, Singapura,
dengan cetakan pertamanya pada tahun 1996. Buku ini merupakan edisi baru
lengkap diterjemahkan dan dikemaskini kembali oleh Syed Ahmad Semait
berdasarkan naskhah edisi Arabnya pada cetakan yang keempat belas.
kritikan terhadap karya al-Qaradhawi ini….
membuat kritikan terhadap karya al-Qaradhawi ini (al-Halal wa al-Haram) atau
karya-karya dan pendapat-pendapat beliau secara umumnya terdiri dari kalangan
mereka yang beraliran Salafiyyah. Antaranya ialah;
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani melalui kitabnya,
yang berjudul “ Ghayah al-Maram
Fi Takhrij Ahadits al-Halal wa al Haram ”. Buku ini disusun
secara khusus meneliti derajat hadits-hadits yang dimuatkan oleh al-Qaradhawi
di dalam buku al-Halal wa al-Haram. Penelitian al-Albani terhadap
hadis-hadis yang terdapat dalam kitab ini telah disambut oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
dengan gembira dan menerimanya dengan
dada yang lapang kerana hal ini menjadi suatu bukti penghargaan terhadap buku beliau tersebut. Jawapan
al-Qaradhawi[2]
terhadap kritikan al-Albani ini ada dijelaskan dalam kitab Fatawa
al-Mu’ashir (jilid 2, terbitan Darul Wafa, Manshurah, cetakan ke-2,
1414 H/1993 m, halaman 97-107), atau boleh dibaca petikannya di pautan; http://agungwi.files.wordpress.com/2012/05/komen-atas-takhrij-halal-dan-haram.pdf
Indonesia dengan judul “ Kritik terhadap buku: Halal dan Haram dalam Islam
”.
Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’iy melalui kitabnya yang
berjudul “ al-Raddu ‘Ala al-Qaradhawi ”.
ini sahaja yang dapat saya paparkan untuk perkongsian bersama pembaca. Semoga
bermanfaat.
ini adalah dari kalangan para ulama Salafiyyah. Beberapa buku yang mengkritik
dan membuat penilaian semula terhadap buku al-Halal wa al-Haram ini secara
khusus atau karya-karya al-Qaradhawi secara umumnya akan diterangkan selepas
ini.
beliau mengenai “ nyayian dan muzik ” dalam kitab
al-Halal wa al-Haram tersebut, al-Qaradhawi telah menyusun sebuah kitab khusus mengenainya,
dengan karya beliau yang berjudul “ Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqi ala Dhaw’ al-Quran wa al-Sunnah ”
(Hukum Nyanyian dan Muzik menurut Perspektif al-Quran dan al-Sunnah). Buku setebal 255 halaman itu
dilengkapi dengan pandangan para sahabat, tabi’in, tabi’ at-tabi’in, dan imam mazhab
terhadap nyanyian dan muzik. Pada bagian penutup buku, al-Qardhawi menuliskan
daftar karya-karya ulama tentang nyanyian dan musik, mulai dari ulama terdahulu
sampai ulama masa kini. Karya al-Qaradhawi itu diterbitkan oleh penerbit Maktabah Wahbah di Kaherah, Mesir. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Indonesia dengan judul “ Menempatkan Lagu & Musik Dalam Timbangan Quran
Dan Sunnah ”. Ia diterbitkan oleh Media Insani.








































![[Lirik+Terjemahan] AKB48 – Sakki Made wa Ice Tea (Hingga Tadi Adalah Es Teh)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/AKB48-KuchibiruniMyBaby.jpg?fit=400%2C400&ssl=1)
