
Bidayatul Hidayah (ﺑﺪﺍﻳﺔ ﺍﳍﺪﺍﻳﺔ)
merupakan sebuah karya dalam bidang tasawuf yang disusun oleh Hujjatul islam
al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (450-505H). Kitab ini dianggap sebagai ringkasan
atau intipati kepada kandungan kitab Ihya’ ‘Ulumiddin (احياء علوم الدين), iaitu karya teragung Imam al-Ghazali sendiri.
diakhiri dengan sebuah khatimah (penutup). Bahagian pertama menerangkan adab-adab
melaksanakan ketaatan kepada Allah dan bahagian kedua pula menerangkan cara-cara meninggalkan maksiat. Manakala bahagian ketiga menerangkan adab-adab
pergaulan dan persahabatan dengan Khaliq (Allah) dan makhluk.
kandungan kitab Bidayatul Hidayah
Bidayatul Hidayah ini adalah antara karangan Imam Hujjatul Islam
al-Ghazali yang banyak diberi keberkatan
oleh Allah Taala. Kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang mentelaahnya
dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi kandungannya. Faedah dan
manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragukan lagi.
kita mempelajari dan mendalami kitab ini
dengan tekun dan teliti, kita akan dapat merasakan bahawa Imam al-Ghazali
sedang berinteraksi (berbicara) kepada
kita dengan hati yang penuhrasa kasih sayang dan belas kasihan. Beliau
berbicara dari hati ke hati, dari hati
nurani seorang murabbi (pendidik) yang alim dan berpengalaman di bidang
pembentukan ruhani dan penyucian jiwa.
dalam kitab ini, Imam al-Ghazali menggariskan amalan-amalan harian yang mesti
kita lakukan setiap hari dan adab-adab
melaksanakan amal ibadat tersebut, supaya ibadat tersebut dapat dilakukan
dengan baik, penuh erti dan memberikan kesan yang mendalam. Begitu juga Imam
al-Ghazali menunjukkan kepada kita bagaimana jalan yang mesti kita ikuti supaya
kita dapat meninggalkan segala dosa dan maksiat sama ada zahir ataupun batin. Setelah
itu, beliau menyebutkan adab-adab pergaulan seseorang dengan Allah Taala
sebagai penciptanya dan semua lapisan makhluk yang ada di permukaan bumi ini.
itu, kitab ini sangat penting dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan amalan
harian bagi kehidupan seseorang muslim yang mahu menjadikan negeri akhirat,
masuk ke dalam syurga dan mendapatkan keredaan Allah Taala sebagai tujuan
hidupnya[1].
Hidayatul Hidayah
kitab huraian (syarah) bagi kitab Hidayatul Hidayah ialah;
Kitab Maraqi
al-‘Ubudiyyah Syarh ‘ala Bidayah al-Hidayah (مراقي العبودية شرح على بداية الهداية), karya
Abu Abdul Mu’thi Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi al-Bantani al-Jawi
(1314H), seorang tokoh ulama terkenal dari Nusantara yang memenuhi hidupnya
dengan aktiviti pengajaran dan penulisan ilmu agama Islam di kota Makkah
al-Mukarramah. Kitab ini sangat popular di Nusantara, khusus sebagai teks
pengajian fiqh dan tasawwuf di pondok-pondok pasantren. Baca lagi..
al-Salikin atau nama lengkapnya “Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak
al-Muttaqin” (هداية السالكين في سلوك مسلك المتقين) dan terjemahan judulnya “Pedoman Bagi Orang Yang
Berjalan Pada Perjalanan Orang Yang Takut Akan Allah Ta‘ala” merupakan sebuah
karya yang dihasilkan oleh seorang tokoh ulama Melayu terbilang iaitu Syeikh
‘Abd al-Samad al-Falimbani ketika beliau berada di Makkah. Kitab ini merupakan
terjemahan dan huraian bagi kitab Bidayatul Hidayah dalam bahasa Melayu. Baca lagi..
Bidayatul Hidayah ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan Indonesia dan
diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan.
dimuat turun di pautan ﺑﺪﺍﻳﺔ ﺍﳍﺪﺍﻳﺔ
atau ﺑﺪﺍﻳﺔ ﺍﳍﺪﺍﻳﺔ.
Ali al-Banjari al-Nadwi al-Maliki) kitab Bidayatul Hidayah (cet.1/2017),
terbitan al-Khazanah al-Banjariayah, Kedah.






































![[Lirik+Terjemahan] AKB48 – Noel no Yoru (Malam Natal)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/AKBMarikoA.jpg?fit=400%2C341&ssl=1)



