ADVERTISEMENT
Isnin, 28 Muharram 1440H: Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat.
Katanya: “Bilakah hari kiamat?”
Beliau bersabda: “Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?”
Katanya: “Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya”.
Beliau bersabda: ” Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!”
Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami kerana
mendengar sabda Nabi s.a.w.: ” Engkau akan bersama orang yang engkau
cintai!”
Kata Anas: “Saya mencintai Nabi, Abu Bakar, dan Umar
dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka kerana mencintai
mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka”.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1551.









