ADVERTISEMENT
Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Nama penulis memang selalu sangat diperkatakan oleh pembaca buku di Malaysia, Tapi, ika masih belum terdetik nak baca sampailah semalam tiba-tiba rasa macam ah why not cuba baca buku Anna Lee. Sebab lama dah dia duduk dekat rak buku, Jadi, setelah baca beberapa muka surat, ika macam terfikir kenapa la tak baca buku ni awal . Kalian, ini merupakan buku pertama yang ika baca tahun 2020 ni yang mendapat full star di Goodreads Ika.
Storyline Jika Aku memang menarik untuk kita teruskan pembacaan tanpa henti. Banyak lagi buku yang nak dibaca dan diexplore ya gais. Tak sangka ada buku yang mempunyai storyline yang berlainan dari kebiasaan. Ika dah ketinggalan keretapi ni, nak kena baca buku yang lain.
![]() |
| Sumber: My Own Picture Oh ya, bookmark comel ni dari Ibtisam Creative Design yang diredeem dari Shopee. Comel sangat 🙂 |
Tak pernah baca buku yang watak utamanya boleh membaca fikiran orang/mind reader. Mengisahkan tentang Teja Citra. Dia ada kelebihan untuk membaca fikiran orang lain. Tapi, dia lebih gemar utk tidak ambil tahu apa yg ada dalam fikiran manusia lain sebab macam-mcam yang manusia fikirkan dan katakan. So, muzik dan earphone menjadi teman sejati dia. Permulaan cerita sangat menarik sebab dia dok usha sorang mamat ni dalam train. Kira dia admire la. Dan semua yang dibaca dalam Jika Aku ni majoriti ialah kata hati dan otak dia. Which is wow. Bermonolog dalaman.
Yang menjadi tak boleh stop baca is, nak tauu sangat apa yang Teja akan tahu dalam fikiran mamat yg dia dok stalk hari hari tu. Dan siapakah mamat tersebut.
For me personally dapat menghayati watak Teja ni dengan begitu mendalam. Macam mana kehidupan dia menjadi seorang yg ada keistimewaan yang unik, social circle dia, mcm mana dia adapt dan ignore benda benda toksik, cara dia bawa diri dia. Semuanya best utk diexplore. Cara perkenalan dia dengan Maliq pun boleh buat kita tersenyum simpul. Tak ada kata kata manis cintan cintun. Tapi manis tu mcm ah dont know how la to describe haha. Yang penting, perkenalan dieorang memang membawa satu hubungan yg sangat special.
![]() |
| Best ya kerja si Teja Citra ni, kerja dekat bookstore kot. My dream job. Jom tukar tempat nak? Haha tapi part job je la. Part yang mind reader tu idunwan. 🙂 |
Tapi, tengah syok baca. Part kedua buat sis jadi keliru. Rasa curious. Sebab kalau betul Teja ni mental. Memang aku koyak buku ni. Haha. Tapi sabar sabar. Lagi lama baca lagi banyak persoalan di Part one yang terjawab. Masuk Part 3. Dah cun dah. Storyline makin clear. Mood baca macam roller coster. Persoalan dari Paklong, Puan Lola, Dr Lee dll menjadi persoalan besar.
Hm, ika suka sangat watak Teja. Dia buat kita rasa sama apa dia rasa. Part 2 turut mengheret kita sama utk ikuti perjalanan Teja merungkai permasalahan yg serabut dalam kepala dia. Misteri sangat. Mencari identiti sendiri walaupun kita yakin kita dah cukup tahu pasal identiti kita. Tapi di tonggang terbalikkan oleh org lain sampai kita was was dgn diri kita sendiri. And watak Maliq/Aidan. Manis dan misteri jua. Okay la padan la dgn Teja.
Cumanya, mungkin ika terlepas pandang. Ika sepatutnya baca Hello, It’s Me. Sebab ika agak clueless ya dengan watak Tiya & Duta yang tiba-tiba ada dalam storyline. Kerana terlangkah bendul haha ika kelihatan blur ya disitu. My bad. Tapi, tak apa la. Sebab ika still enjoy every moment dengan Jika Aku. Sekarang tengah baca Hello, It’s Me. Tak sabar nak explore watak Duta and Tiya pula.
# Kalau dapat baca fikiran orang mesti hidup kita jadi tak best sebab ada baiknya tak payah tahu apa org fikirkan pasal kita. Serabut tau. 😂 Depan lain, dalam hati lain. Hipokrit sangat.
Buku ni highly recommended!
⭐⭐⭐⭐⭐
| Sumber: Google Ini la penulis Jika Aku: Anna Lee |







