Kitab “Fatawaal-Qaffal (فتاوى القفال)” adalah sebuah kitab yang menghimpunkan
fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh al-Imam Abu Bakr Abdullah bin Ahmad bin Abdullah
al-Marwazi al-Khurasani (327-417H), yang terkenal dengan gelaran
al-Qaffal al-Shaghir atau al-Qaffal
al-Marwazi.
tokoh utama mazhab Syafi’i, yang mengetuai para fuqaha Syafi’iyyah di Khurasan
(Syaikh al-Khurrasani) pada abad ke 5 hijrah. Beliau terkenal dengan keluasan ilmunya dalam bidang
fiqh dan usul fiqh. Perkara ini, jelas terserlah
dalam beberapa fatwa beliau dalam kitab al-Fatawa ini. Jika disebutkan gelaran
“al-Qaffal al-Marwazi” di dalam
kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i, maka ia merujuk kepada al-Qaffal al-Shaghir
ini, bukannya kepada al-Qaffal al-Kabir, iaitu
al-Imam Abu Bakr Muhammad bin ‘Ali bin Ismail al-Syasyi[1]
(291-365H), yang juga dikenali sebagai al-Qaffal al-Syasyi. Pendapat Imam al-Qaffal
al-Syasyi al-Kabir ini kerap disebutkan di dalam kitab-kitab usul fiqh.
al-Marwazi merupakan seorang yang luas pengetahuannya mengenai fiqh mazhab
Syafi’i, termasuk pendapat qadim dan jadid dalam mazhab Syafi’i. Beliau juga terkenal
sebagai seorang ulama yang tidak taksub kepada mazhab yang dianutinya. Di
antara pendapat yang masyhur daripada beliau ialah mengenai keharusan seorang
penganuti mazhab Syafi’i solat
bermakmumkan seorang imam yang bermazhab Hanafi dan sebaliknya, sedangkan
pendapat yang masyhur oleh sebahagian
para fuqaha Syafi’i dan Hanafi bahawa perbuatan tersebut adalah tidak
sah.
al-Qaffal al-Marwazi yang lain ialah kitab Syarh
Talkhish Ibn al-Qash[2], Syarh
al-Furu’ li Ibn al-Haddad[3]
dan Syarh Kitab ‘Uyun al-Masail li Abi
Bakr al-Farisi[4]
“Fatawa al-Qaffal”
ini tidak disusun sendiri oleh al-Imam al-Qaffal al-Marwazi, tetapi ia disusun
oleh seorang ulama lain selepas kewafatannya, yang berkemungkinan adalah salah seorang
dari anak-anak muridnya. Ia disusun berdasarkan beberapa fatwa yang masyhur yang
pernah dikeluarkan oleh Imam al-Qaffal
al-Marwazi. Kitab ini didahului dengan kata pengantar penyusun (penghimpun
fatwa) dan penyusunnya (penghimpun) kerap menyebut perkataan “aku berkata
kepadanya”, “maka berkata al-Syaikh”, “kami
berkata kepadanya”. Ia membuktikan kitab ini disusun selepas kewafatan Imam
al-Qaffal al-Marwazi oleh salah seorang muridnya. Sebenarnya, kitab ini tidak
menghimpun kesemua fatwa yang pernah dikeluarkan oleh al-Qaffal al-Marwazi.
Berdasarkan kitab Fatawa al-Qaffal yang diterbitkan dengan cetakan pertamanya
(2011) oleh Dar Ibn Qayyim (Arab Saudi) dan Dar Ibn ‘Affan (Mesir) hanya terdapat 349
permasalahan fiqh yang disebutkan dalam kitab tersebut. Banyak lagi fatwa-fatwa
lain yang dinisbahkan kepada Imam al-Qaffal al-Marwazi yang disebutkan dan
dinukilkan oleh para ulama dalam beberapa kitab yang muktamad di sisi mazhab
Syafi’i yang tidak terdapat dalam kitab fatwa ini.
(editor) kitab “Fatawa al-Qaffal” iaitu Mustafa Mahmud al-Azhari, telah berusaha
mengumpul beberapa fatwa-fatwa al-Qaffal al-Marwazi yang terdapat berselerakkan
dalam beberapa kitab fiqh dan qawa’id fiqh yang disusun oleh para ulama mazhab
Syafi’i, dan melampirkannya di akhir kitab ini, khususnya mengenai bab-bab
tertentu yang tidak terdapat dalm kitab
fatwa ini.
fiqh, mengikut turutan kitab-kitab berikut, iaitu kitab thaharah, kitab solat, kitab jenazah, kitab zakat, kitab
puasa, kitab haji, kitab korban, pemburuan, sembelihan dan makanan (ath’imah),
kitab nazar, kitab jual beli, dan kitab al-Salam dan al-qard.
al-Marwazi
beberapa buah kitab fiqh yang ada menyebutkan fatwa-fatwa al-Qaffal al-Marwazi;
Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H),
al-Hushni (829H),
Yahya Zakariyya al-Anshari (926H),
al-Haytami (974H),
al-Muhtaj Ila Ma’rifah Alfaz al-Minhaj Karya Khathib al-Syarbini (977H),
al-Ramli (1004H),
al-Qaffal juga terdapat dalam beberapa kitab qawa’id fiqhiyyah, antaranya;
yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Wakil (716H),
bin Kaikaldi al-‘Ala-i (761H),
al-Subki (771H),
al-Zawaya karya Badaruddin Muhammad bin Bahadur al-Zarkasyi 794H),
( 804H),
bin Abu Bakr al-Sayuthi (911H), dll.
atas, adalah bersumber kepada kitab al-Syarh al-Kabir karya al-Rafi’i dan al-Rawdhah karya al-Nawawi. Sedangkan mereka berdua (al-Rafi’i dan
al-Nawawi) merujuk fatwa-fatwa tersebut
kepada karya-karya Imam al-Haramayn al-Juwayni[5].
Di mana Imam al-Haramayn pula mengambil fatwa-fatwa tersebut dari pada murid-murid
al-Qaffal al-Marwazi seperti bapanya Syaikh Abu Muhammad al-Juwaini[6],
al-Qadhi Husain[7],
al-Shaydalani, al-Fawrani[8]
dan Abu ‘Ali al-Sinji[9].
Di samping itu, al-Nawawi dan al-Rafi’i juga ada merujuk kepada karya-karya Imam Abu Hamid
al-Ghazali[10]
dan kitab Syarh al-Talkhis karya
al-Qaffal al-Marwazi.
al-Qaffal yang merangkumi 304 halaman ini boleh dimuat turun melalui
pautan http://waqfeya.com/book.php?bid=9430. Semoga bermanfaat.
Kitab Fatawa al-Qaffal, cetakan 1 (2011), Dar Ibn Qayyim / Dar Ibn
‘Affan.
Kitab ar-Risalah lil-Imam al-Syafi’i, Dala`il al-Nubuwwah, Mahasin al-Syari’ah dan Adab al-Qadha’.
Ahmad bin Abu Ahmad al-Thair al-Thabari (335H/946M), yang terkenal dengan
gelaran Ibn al-Qash. Di antara karya beliau yang lain ialah; Adab al-Qadhi / Adab al-Qadha, al-Mawaqit,
al-Miftah, Dala-il al-Qiblah dan Nushrah
al-Qawlain li al-Imam al-Syafi’i.
karya al-Qadhi Ibn al-Haddad al-Kinani,
Abu Bakr Muhammad bin Ahmad bin Muhammad (344/345H). Antara karya beliau
yang lain ialah; Jami’ al-Fiqh, Al-Bahir
fi al-Fiqh dan Adab al-Qudha’.
Ahmad bin al-Hasan bin Sahl al-Farisi (350H/961M). Antara karya lain beliau
ialah Kitab al-Intiqad ‘ala al-Muzani.
bin Abdullah al-Juwaini (419-478H), yang terkenal dengan gelaran Imam Haramayn.
Beliau adalah guru kepada Imam al-Ghazali. Di antara karya beliau ialah; Nihayah al-Mathlab Fi Dirayah al-Mazhab dan
Ghunyah al-Mustarsyidin fi al-Khilaf
Abdullah bin Yusuf bin Abdullah al-Juwaini (438H). Di antara karya beliau ialah
al-Tabshirah fi al-Waswasah, Mukhtashar al-Mukhtashar (Mukhtashar Syaikh
Abi Muhammad)/ al-Mu’tashar – ringkasan Mukhtashar al-Muzani, Mukhtashar fi Mawqif al-Imam wa al-Makmum
dan al-Jam’ wa al-Farq.
Ahmad al-Marwarruzi (462H). Di antara karya beliau ialah; al-Ta’liqah (Syarh Mukhtashar al-Muzani), al-Fatawa, Syarh al-Furu’ Ibn
al-Haddad dan Asrar al-Fiqh.
Muhamad Ahmad bin Fawran (461H). Di antara karya beliau ialah kitab al-Ibanah dan al-‘Umdah
bin Muhammad al-Sinji (406H). Di antara karya beliau ialah kitab Syarh Mukhtashar al-Muzani, Syarh al-Talkhish dan Syarh
al-Furu’.
al-Ghazzali (450-505H). Di antara karya beliau ialah kitab al-Basith, al-Wasith
Fi al-Mazhab, al-Wajiz Fi Fiqh
al-Imam al-Syafi’I, al-Khulashah dan al-Ihya
‘Ulum al-Din.







































