Ayat tersebut benar-benar masuk meresap dan menyentak sanubari Fudhail bin ‘Iyadh, membuatnya terdiam di atas tembok tersebut, lalu tiba-tiba Fudhail bin Iyadh merasa lemah longlai segala sendinya dan tubuhnya gementar seraya beliau merintih kepada Allah: “Oh Tuhan, telah tiba waktuku. Telah tiba waktuku.” Dia pun turun dari tembok tersebut dan berjalan pulang dengan hati bertaubat setulus-tulusnya.Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Qur’an) yang diturunkan (kepada mereka)?
Imam an-Nawawi dalam “al-Adzkar” menukilkan kalam Imam Fudhail berhubung persoalan ikhlash dan riya`. Pada halaman 36, Imam an-Nawawi rhm. menulis:-

Dan telah diriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jaliil Abi ‘Ali al-Fudhail bin ‘Iyadh r.a. berkata: ” Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya`; Dan beramal kerana manusia pula adalah satu kesyirikan; Manakala ikhlash adalah apabila Allah meng`afiatkan engkau daripada keduanya (yakni segala sesuatu dilaksanakan kerana Allah semata-mata).”
Imam yang mulia ini meninggalkan dunia yang fana pada bulan Muharram tahun 187H di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau telah dimaqamkan di Jannatul Ma’ala…..al-Fatihah.


































