Buku BayanLinnas (بيان للناس): Penjelasan Isu-Isu Semasa ialah himpunan daripada kenyataan-kenyataan umum oleh
Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin
Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan terhadap isu-isu nasional dan
antarabangsa. Ia merupakan pandangan hukum terhadap sesuatu persoalan yang
memerlukan kepada penjelasan syarak secara tepat.
ini terdiri daripada pelbagai bidang seperti akidah, syariah, akhlak dan social.
Justeru penerbitan buku seumpama ini mampu memberi kefahaman yang baik tentang
Islam serta melengkapi dengan khazanah ilmiah yang lain.
telah diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. dalam tiga jilid.
Kandungan buku ini memaparkan 119 isu atau topik yang pernah diterbitkan oleh
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui laman http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas.
ini, sebenarnya kandungan Bayan Linnas ini sudah pun diterbitkan sebelumnya
dalam bentuk risalah yang memaparkan suatu isu atau tajuk tertentu sahaja.
itu penerbitan buku ini sangat bermanfaat, kerana pembaca dapat membaca dan
meneliti serta mendapat maklumat penting mengenai isu-isu yang pernah dibincangkan
dengan lebih mudah. Semoga terbitan seterusnya akan menyusul dengan memaparkan
himpunan beberapa kajian mengenai isu-isu baru yang memerlukan kajian dan
penelitian para ulama.
bermanfaat.






































